The awesomers

Bloglist saya

PMR (Part 2)



Assalammualaikum & Hello readers . Thanks sudi ziarah . Pertama sekali aku nak minta maaf kat kauorang semua atas sebab tak balas mesej , tak on facebook , tak reply questions ask.fm , whatsapp , tak angkat call , twitter dan mcm mcm lagilah . Baru pagi ni . Tepat jam 2:20 pagi aku tergerak hati untuk buat sesuatu semenjak tidak dapat tidur dari pukul 1 pagi tadi . Aku tergerak hati untuk menulis sesuatu dalam blog ini ! Aku nak luahkan segala-galanya apa yang terpendam dalam hati .

Dear guys ,
For your information , my results still ada subjek yang A . Alhamdulillah syukur kerana tiada yang gagal . Tetapi , aku tak boleh tipu diri aku sendiri , walaupun mulut mengucap syukur . Tapi hati aku? Hati ibu bapa ku? Mcm mana . Orang yang tak ada perasaan je yang boleh masih duduk senang lenang . Peritnya hanya Allah saja yang tahu . I know all of this happened cause of my fault maybe . Aku pasrah , aku redha , Tapi hati siapa yang tidak berasap dan iri hati melihat nama kawan kawan kita satu persatu dipanggil untuk menerima sijil PMR dengan keputusan cemerlang ? Jauh di sudut kecil hati aku mengatakan , "bodohnya aku tak belajar pandai-pandai . Kesian mama aku penat-penat datang , then dapat tahu keputusan aku teruk sebegini . " Saban hari asyik melenyapkan diri tanpa apa-apa perkembangan . Mama pernah cakap , 'Angah jangan bukak facbook , nanti hati Angah akan lebih sakit . Tapi Angah minta maaf Mama , Angah tipu Mama . Angah bukak facebook jugak . Padahnya , sakit hati lihat status serta gambar2 kenangan kawan2 yang menggenggam sekeping sijil bertuliskan TAHNIAH ! 9A PMR .Mereka siap bergembira didalam faceook. Sakit hati ini , hanya Allah saja yang tahu . Ada pernah jugak , Mama tanya , kawan2 Angah ada call atau mesej Angah tanya keputusan ,? Walaupun ada , tapi Angah tetap tipu Mama dengan katakan 'tak ada' . Ramai yang call Aangah Ma . Ramai yang Mesej Angah Ma . Tapi Angah minta maaf sebab menipu Mama . Angah tak nak Mama turut tersiksa hati masa tu .Kalau boleh kira masa tu , mcm mcm yang diperkatakan kotak hati aku ni  . Ya Allah , kalau nak cerita tentang perasaan , mmg sangat-sangat sedih sebab aku dah melukakan hati ibuku .

I still remember that time , mama menangis depan aku kerana keputusan aku yang teruk sebegitu . Aku yang berjanji tidak mahu menjatuhkan airmata akhirnya kalah juga .Aku dapat melihat air yang mula bergenang di kelopak matanya yang sayu , lalu tidak lama kemudian jatuh bercucuran . Hati ibuku bagai dihiris-hiris dengan kebodohan aku . Aku sangat-sangat bersalah ketika itu . Fikiran aku melayang sebentar ketika itu dengan kata-kata manis yang pernah aku janjikan dahulu . Namun kini semuanya hancur lebur bagai tiada harapan . Aku sangat-sangat sedih . Rasa mcm nak bunuh diri pun ada kerana tidak mahu hidup lagi , hanya mahu menyusahkan dan menyakiti hati orang tua . Apa guna manusia mcm tu? Itulah yang bermain difikiran ku saat mendengar rayuan , leteran dan bebelan oleh ratu hidupku , Mama . Leteran seorang Ibu itu tidak pernah henti dan selalu disampaikan tanpa rasa jemu . Cuma kita , kita yang sentiasa rasa jemu dan tidak ambil peduli . Padahnya ? Nah , rasakan apa yang diberi atas keputusan ini !

Mama ,
Angah minta maaf sebab buat Mama menangis .
Angah tahu result PMR Angah tak membanggakan Mama.
Angah minta maaf sangat-sangat Mama .Angah tahu yang Angah banyak main-main.
Sentiasa tak dengar cakap Mama.
Angah janji akan berubah dan akan menjadi yang terbaik pada tahun 2013 nanti .
Maafkan Angah sekali lagi Mama.
Mama selalu tak penat berleter dan beri nasihat pada Angah walau kadang - kadang Angah sendiri naik 'muak' dengan leteran tu .
Angah tahu Mama buat tu semua sebab nak tengok Angah berjaya .
Mama janganlah menangis . Angah janji akan berubah .
Angah tak boleh tengok Mama menangis . Nanti Angah rasa bersalah sangat .
Maafkan Angah , Mama


Ya Allah Ya Tuhanku , berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menempuh semua ini .

Mama , sesungguhnya ini merupakan janji Angah kesekian terakhir kalinya , bahawa Angah akan pastikan bawa tangisan airmata Mama pada tahun 2015 semasa mengambil keputusan SPM Angah , itu merupakan tangisan kegembiraan Mama . Itu janji Angah . Doakan Angah selalu Mama .

TERIMA KASIH MAMA 
TERIMA KASIH ALLAH

PMR (Part 1)



Assalammualaikum & Hello guys :( . Okay . Malam yang penuh syahdu . Harini aku rasa nervous tapi yang tak berapa sangat . Yelaa , esok kan hari bersejarah buat 97's Malaysia . Our result PMR will coming tomorrow ! Yeah ! i know it . Tak perlu ulang kot rasanya . Okay , kalau nak cerita pasal perasaan , bercampur baur sebenarnya . Actually aku awal2 lagi dah judge yang aku ni  takkan dapat 9A result . Cita2 untuk ke tahap tu adalah . Cuma usaha tu mungkin kurang . Why? Because aku banyak main2 kot . Tak serius . Tulah bila parents tegur dibuat tak endahnya . Padahnya , 2 bulan before exam baru aku terkial-kial nak struggle . Aku akui mmg silap aku semua tuu .... Dan sekarang , aku taktahu apalah keputusan aku agaknya ye? Hrmm , Allah sajalah yang tahu ...Kawan2 aku mesti dapat result yang cemerlang cemerlang semuanya kan? Tahniah lah kalau mcm tuu .. Ya Allah , andainya itu adalah keputusan yang terbaik yang engkau beri pada ku , kurniakanlah keredhaan dan ketaqwaan padaku agar aku redha dengan keputusan itu Aamiin Ya Rabbal Alamin ...

   Apa apa pun tunggu esok apa keputusannya :)

New Mini PhotoShooting Pictures

Assalammualaikum and hello guys :) . Nice to meet uolls . Lama dah rasanya tak update blog kesayangan ni . HAHA . Bukan apa , sejak kebelakangan ni asyik busy memanjang je kerja aku . Jalan sana sini . Boleh dikatakan , bulan 11 and 12 ni , dekat 4 kali aku ulang alik ke Melaka . Gilaa tak? Entah apa yang ada kat sana pun aku taktahulah . HAHA . sebenarnya , kitaorang ulang alik ke Melaka tu pun sebab first nak bercuti . Then , atuk dengan nenek aku diaorang nak pi melawat adik kakak diaorang . Al-maklumlah , lama tak jumpa katanya . Jadi , dalam kesibukan berjalan sana sini , uolls nak tahu , punya lah syok sejak aku berhijrah ke Maxis ni and onkan BIS kat Blackberry aku tu , tak perasan pula yg aku dah lama tak check sim kad Celcom . Entah apa yang berlaku . So , satu haritu terdetiklah jugak nak check , and finally i found about 26 missed calls and 17 message . Actually yang banyaknya dari Mirza . HAHA . Sorry Mir , lupa nak bagitahu kau yg aku pakai no Maxis setelah mencurangi Celcom . :D . Memandangkan masalah ini berlaku , nampaknya aku kena beli phone lagi satu untuk guna no Celcom . Wahh , handphone brand apa ye? Entahlah , nanti jelah aku dok pikiaq . Okay , sebenarnya kalau kaourang perasan , aku dah lari tajuk dah ni . HAHA . Sorry2 .

   Wokkay , on the spot ! Masa dalam perjalanan kitaorang ke Melaka tu  , Aku tengah bosan tahap cipan beranak taw . (ada ke?) Nak tengok tv dalam kereta , boring , main game dalam Tab , manalah aku minat game bagai ni . Online? Bertambah boring . Yaa ! Baru aku teringat , aku kan bawa sekali Cik DSLR kesayangan tuu , HAA , so tangan aku mmg dah gatal time tu nak snapping . Kitaorang buat mini photoshoot masa tu . Mcm biasalah , siapa lagi kalau bukan adik aku yang jadi mangsa model mini photoshoot aku ni . HEHE :D . Padan muka dengan kau dekk ! So , aku rasa kauorang pun dah bosan baca bebelan aku , baik tengok je gambar2 ni . Aku pun masih belajaq2 dalam snapping2 ni . Masih banyak kena improve . Takat ni , ini yang aku perolehi setelah snap and edit lagi . Bahagian edit tu , aku cuma set auto level , auto contrast , bloom pictures serta kawalan backlight pictures . So , guys , this is the result ;)















Yang gambar ni aku paling suka ! Comel :)

That's all ....Thanks sudi baca entry kali ni . Ada masa nanti , aku update lagi K? Bye . Assalammualaikum ;)



Promo Cover Song 1

Assalammualaikum and hello guys ! nice to meet uolls again , gain , and again ! Woah , apesal aku excited sangat ni ? Okay , dear my  fans friends , sebenarnya aku nak promo video cover song aku kat kauorang semua . Cover song yang aku buat ni , taklah berapa ohsemm sangat berbanding diaorang yg lagi gempakzz gila kat dalam youtube tuu . Sebenarnya, aku dah lama jugak berkecimpung dalam nyanyian sebelum mengacara ni . Cuma , aku tak ambil port sangat tentang nyanyian ni . Sebab that time , i still focused on my lovely carrier , mengacara . So , sejak dah lama tak mengacara , and takdak jemputan pun , so , aku pun mula and mengada-ngada lah nak buat cover song bagai kan ? Haa ! Baru kau rasa jemah bila dah tak laku ! Ahakss ! :D . Okay , tak guna nak berceloteh panjang , kauorang dengar jelah cover song aku ni yee :)


Malaysia vs Barat

Assalammualaikum and hello guys . Ehh2 , apa hal Malaysia vs Barat ni ? ada perang ke ? HAHA . Tak ada pun sebenarnya . Berkaitan dengan title diatas tu , aku nak ceritakan tentang  mengapa pemikiran rakyat Malaysia ini masih berfikiran tertutup dan tidak berkembang . Oopss , sebelum aku melangkah , tersasul , mencarut , megherdik , mencaci , aku nak susun 10 jari memohon ampun dan maaf ya bapak2 ibuk2 atau kepada pihak2 yg terasa ama post saya kali ini ... Bisa diampun ya ? HAHA , Kan dah keluar Indon dia .  Baiklah ,

                                                   Bismillahhirrahmannirrahim .....


 Media massa merupakan golongan terpenting dalam menyebarkan maklumat pada masa kini . Ini bukan sahaja , wartawan , golongan yg terlibat sama adalah pengarah filem yang aku maksudkan . Okay jom kita terokai satu persatu . Kalau kita tengok lah sekarang ni kan , ramai diantara kita yg gemar menonton filem dan cerita kan ? Tambahan pula dengan sambutan hangat di panggung wayang yg tidak putus2 menayangkan cerita2 terbaru . Okay , let us check it out film in our country . Kalau kauorang perasan lah kan , filem kita kat Malaysia ni , genre dia semuanya berulang je . Seram , Cinta , Komedi , seram , cinta , komedi , seram , cinta , komedi . Perasan takk ? okay tengok contoh kat bawah ni ...



Ehh2 , Farid Kamil dah nak khawin dah , tak pasal2 jadi mangsa aku hari ni ! HAHA !

Anyway , cerita ni terlalu dan sangat2 seram . 

Hrmm , no comment about this film . Kelakar lah jugak ~

     Okay , itu antara filem2 di negara kita ... Nak tengok tak bagaimana filem barat menguasai minda rakyatnya agar berfikiran luas melalui penerapan media massa ni ? Okay tengok antara filem2 mereka :

Hugh Jackman in Real Steel Poster
See , cerita ni bagi aku sangat complete dengan watak robot , yakni sains fiksyen , sesuai untuk kanak2 yg menontonnya , kasih sayang antara ayah dan anaknya , semangat bekerjasama dan sikap tidak berputus asa.

See ? Robot lagi ? mereka banyak terapkan unsur2 sains untuk orang yang menontonnya . 

Cerita kartun , but masih menerapkan unsur2 haiwan yg telah pupus . Filem yg menunjukkan semangat bekerjasama dalam satu masalah . See ?

Komen keseluruhan : Okay , sekarang kauorang semua dah nampak kan perbezaannya .. ? Kalau Malaysia nilah kan , masih buat genre cerita yang sama , satu contoh , genre cinta . Okay , memang tak dinafikan lah genre yang macam ni makin menular dengan buak sebuak sebuaknya kan ? hamboii , cik kiah , kemain kau mengumpat yee ... HAHA . Okay , so , kalau dah banyak cerita mcm tu , tak mustahil lah sebenarnya rakyat kita yg tonton ni setiap hari leka dan lalai dengan cinta , dan pastinya benda ini tak mustahil boleh berlakunya anak luar nikah ! ^^ kat sana tu . Cuba tengok filem luar negara , bukannya maksud aku filem barat ni tak ada langsung   unsur cinta , mcm cerita Twilight saga tu , mmg ada , tapi yg menarik cerita tu , set yg digunakan , kat hutan , bukit dan sebagainya .... kan menarik kan ? Kalau filem kita ni , cinta , khawin , cerai , cinta , khawin , cerai . Lepas tu , set yg digunakan , shopping complex , rumah , hospital , pejabat . Huuh . But but but and butttttttttt ! haha . TAK BERMAKNA FILEM MALAYSIA NI LANGSUNG TAK ADA YANG BAGUS ! ADALAH ! MMG ADA !! ( ayat amik ati ni . hehe ) Taw siapa ? Alaaa , filem arahan si anak ucup Haslam tuu ...
Haa ? aksi kan , sampai boleh buat kereta terbalik , terbakar dan sebagainya , aku rasa tahap cerita mcm ni ada potensi besar untuk pergi jauh ! Fehh ...


Kesimpulannya : Media massa ni sebenarnya adalah pihak yg harus memainkan peranan penting dalam membentuk minda orang yg menontonnya . So , kepada pengarah2 kat Malaysia ni , tolong tolong and tolong , buat satu cerita yg boleh membasuh minda rakyat Malaysia . Cuba tengok filem barat , mereka sanggup berpenat lelah bagi mendapatkan hasilnya , sanggup tunggu lama sampai tahun 2015 untuk tayangannya .. berlakon ambil masa setahun , edit dan sebagainya 3 hingga 4 tahun . Huuh , kalau Malaysia , tak sampai 5 bulan berlakon , bulan depannya dah tayang .Tak mustahil lah kalau satu hari nanti orang Malaysia ni dah taknak tengok cerita sendiri . Okay ? So ? jangan amik ati sangat apa yg aku cakap ni , aku ni cuma bagi pendapat je . Lain orang kan lain pendapatnya kan ? So , majulah sukan untuk negara ! haha . Takde kena mengena ni ! La taqrabu zina  okay ? . Sekian , Assalammualaikum .. ;)

   I LOVE MALAYSIA !!!




Lawatan sambil Belajar ke Terengganu :)

(Actually , post ni sebenarnya yg asal . tapi disebabkan panjang , aku letak gambar je masa yg gi tasik kenyir tu . Wan Shaker yg nak baca sangat ni  Sebenarnya panjang lagi , disebabkan tak auto saved , dia jadi pendek sikit . )  

Assalammualaikum selamat petang , selamat malam , selamat pagi , selamat tengahari dan bergantung kepada kauorang yg tengah baca post ni <-- bak kata Wan Shaker mcm dalam video dia tu . Dahlah upload video kat youtube , sikit pun taknak bagitau kat Bestfriend dia seorang ni .Tup tap , tahu dengan sendirinya . Ni yg nak touching ni ,  :"| .Okay , menurut "LAS" (Logik Akal Saya) , Kawan kita yg selalu touching ni , sebenarnya orang yg paling prihatin dan caring dengan kita . Bukan senang nak jumpa kawan mcm ni taw taw . Okay , dahlah , dah melalut jauh dah ni . Berbalik kepada entry diatas . " Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu" . Okelaa , macam yang kauorang semua dah sedia maklum , (eh , konon maklum sangat laah tuu) , Aku ada  menyertai lawatan PKS ke Terengganu . Actually , event ni , lebih pada Tasik Kenyir .

     So , perjalanan kami bermula pada khamis lepas . Seawal jam 9:45 malam lagi , (konon awal ler tu) kami dah berada di perkarangan sekolah . Bas tiba pada pukul 10 suku then , lepas masukkan barang dalam bas , Bacaan doa dimulakan .Seperti yg dijanjikan , aku duduk sebelah Wan Shaker ! Wan ! Wan ! Wan ! (haha , kau baca benda ni , mesti nak tergelak kan ? )Perjalanan kitaorang tidak seboring yg disangkakan , kerana banyak perkara yang telah kami lakukan sewaktu dalam perjalanan . Haha , mcm2 laa , contohnya berbual , buat lawak , main handphone , mesej , main game dan tidur . <-- erk? tidur pun seronok taw .haha .So on , mcm2 lah aku berbual , dari A hingga Z patah balik ke A dan stop di W . Sebab ? aku ngantuk. tidur lebih kurang pukul 3 baru boleh lelapkan mata . Wan masa tu tengah khusyuk main game ape kejadah haram namanya tu aku pun taktahulah . yg penting aku nampak game yg dia main tu , kena goncang kuat2 handset tu . Kadang2 sengal jugak game tu . Haha X) .

JUMAAT : 19 OKTOBER

     Tengah nyenyak2 tidur , terjaga pukul 6:20 . Belum solat subuh lagi masa tu . Entahlah samada pakcik tak nampak masjid atau masjid yg taknampak si drebar tu . HAHA . Apa ni ? Okay , akhirnya , pukul 6:30 pagi kami solat di Masjid Kuala Terengganu kot kalau tak silap . Lepas solat sama2 , Cikgu suruh tukar baju  koko , warna oren .Yang menjadi perhatian , kawan2 kitaorang yg baju dia dah kecik , ada yg terlampau besar ada yg dah nak koyak rabak pun adaa .. haha . ada ke ? . Al-maklumlah , baju dah lama tak pakai . macam2 pattern yg aku jumpa , termasuk baju aku sekali . Asyraf cakapp aku pakai Inner ke ? Waklu lah cap . Aku takmain lah pakaian2 perempuan mcm tu .. err .. ~

     Okay , lepas dah tukar baju tu , masuk dalam bas plak . Laa ni , baru aku keluarkan camera . Save battery katanya . malas nak guna awal2 . membaziakk ... Cikgu cakap , kita ada lagi 3 jam nak sampai ke SMK Matang , Terengganu tu . Huuh , lama lagi bhaii .. aku rasa mcm nak tercabut kaki dah ni . <--- cakap , mcm aku pulak yg drive bas tu . padahal duduk je kott . haha . serious , taktahu nape , kebas gila kaki .

     Lepas tu , budak2 nasyid ni practise nasyid . Tapi perlahan je semua suara . Takut ganggu orang lain tidur .Akhirnya jam 11 lebih pagi kami sampai di SMK Matang . Sayangnya , masa tu hujan . Jadi , sambutan tu , kurang meriah sikit . It's okay . kitaorang pun mcm biasa , sampai sana terus daftar . Aku mcm biasaa laa , tengok dulu kakak Hos yg cantik2 katekaww . Fehh , come lote awek2 ganu kito ni . <-- kan dah keluar loghat ganu . haha . Okay , tanpa disedari Asyraf telah menjadi model bagi sesi pendaftaran . hua hua hua .


     Okay , mcm biasa laa , sampai je kitaorang terus makan . Makan kuih karipap inti kelapa dengan lepat ... lepat ... ermm , lepat apa ek ? yg penting bukan pisang .adeh lupalah .Okay . Sessi ucapan oleh wakil tamu pun bermula , haa , Patutnya Wan , pastu wan suruh aku , aku pulak tengah sibuk tangkap gambar , last2 , Afif yg kena . Hahaha . Tah pape je ucapan dia . Tapi okelaa , sekurang-kurangnya audience gelak , yg bestnya tu , yg gelak geng2 KAA je . HAHA .

     Lepas tu , kami semua dibawa ke Kampung Buluh untuk ziarah batu bersurat yg sedang femess di buku2 sejarah menengah ni . Akhirnya dapat tengok jugak . Ingatkan bestt ,, ppuihhh    !!!!!! Memang best pun .... haha , gila kau cakap tak best ? . Sejarah silam beb , sapa yg taknak tahu kan kan ? Okay kauorang nak tahu tak apa sejarah batu bersurat ni ? Okay kalau nak tahu , cuba search kat google "sejarah batu bersurat" Hahahaha . Kitaorang pun snapping lah gambar kat tempat tu .


     Masa nak balik dari Kampung Buluh tu , boleh pulak baju kitaoranng terkena cat air . Fehh , bercinta nak bersihkan beb , Sweater Wan lah paling meriah masa tu , kalau nak ikutkan dah boleh masuk Muzium Negeri dah . HAHA  Okay .


    Ingatkan masa tu nak solat jumaat , tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan , so kami solat qasar n' jama' masa tu . So , aku pun tersipu-sipu masa tu . Terkial-kial remind Pendidikan Islam bab ni . Yelaa , biasa teori je kan , mana pernah praktikal benda ni . Yelaa , kampung dekat je , mana pernah buat solat jama n' qasar tuu . Kalau Wan tu ye ar , kampung jauh , kaya , mewah , ecehhh .... ~ haha .Masa solat tu kann , jemaah kat masjid tu semua mcm orang pelik , mcm tak pernah nampak makhluk2 apalah yg kat dalam masjid tu , yg hampir semuanya berbaju oren . Haha , serius , pakcik2 tu semua pandang kitaorang tengah solat . Lagi2 aku , pakcik tu cakap kan , ehh , hensemnya Daniel Dani . Hahaha , gurau je .


     Lepas solat qasar n jama' , kitaorang terus dibawa ke empangan hidroeletrik Tasik Kenyir . Lebih kurang satu jam je dari masjid tu . So , bila naik gunung tasik kenyir tu , kitaorang dapatlah lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana empangan air tu diproses yg selalu dok menghantui budak2 form 3 kat dalam soalan GEO nu ha .Haha , tapi sayangnya tak boleh tangkap gambar kat situ . But , berbekalkan kebengapan dan keterlanjuran Raaif , secara  langsung rasa tidak bersalah , dia telah menangkap gambar . Dahlah pakai kamera aku . Haiishh , nak kena ni .

     Okay , then kitaorang telah sampai ke Tasik Kenyir , dan terus houseboat .Ada empat biji houseboat Kitaorang dapat houseboat warna biru . Wilayah Celcom katanya . Haha . 20 orang je yg naik houseboat tu . Yg lain , naik houseboat lain . Wahh , best gilaa , mcm rumah pun ada dah . Okay , lepastu kitaorang terus berpossing . Wahh , kelass . Hambikk ni ! Debushh !!

     So on , kitaorang start melakar dan terus khusyuk membuat tugasan yg telah diberi oleh akak dan abg hos . Kitaorang masa tu melakar pemandangan yg kita lihat sepanjang perjalan berada si atas houseboat tu . Wahh , apa lagi kawan2 aku mainkan peranan diaorang lah kan , siapa2 yg pandai lukis tu , mmg kena rajin2 kan lah tangan untuk melukis . HAHA , maklumlah aku kan ketua diaorang masa tu , so , mmg semua orang aku control , yg bestnya tu , semua tak dengar cakap . HAHA , layan jelah , Tapi alhamdullilah , sebab masa tu dapat cipta lagu kumpuan yg unik sikit dari kumpulan yg lain . Kitaorang ambil dari lagu kumpulan one direction yg tajuk lagunya "what makes you beatiful" . But , kitaorang tukar edit dulu lagu tu . Feehh , tengoklah , siapa punya idea kan ? hihi ... Okay , lepas dah habis melakar tu , kitaorang keluar dari tingkat atas tu , ingatkan dah nak sampai ke tempat air terjun tu , but cikgu kata lama lagi . Aku tengok masa tu cikgu akramin , hafizi ngan cikgu huzaimi semua dah membuta ... Fehh , boleh plak kan dia biarkan kitaorang ... haha , lantaklah , cikgu membuta , kita buat onar ! haha .

     Last2 , ramai jugaklah yg tidur , yg tinggal masa tu , Shaker , aku , afif , daus , asyraf ngan Raaif . Duduk2 je kat depan tu . sambil menikmati pemnadangan katekaww . Indah gilaa , SubhanAllah , aku tak pernah tengok pemandangan yg indah mcm ni . tenang je .... Okay ! jam dah pukul 5:30 Petang , bot tiba2 perlahan , dari jauh aku dah nampak kelibat air terjun sedang terjun dari atas (erk?) haha ... yeay ! dah nak sampai ! haha .... best ni :) . Okay , perasaan semakin excited bila house boat kami semakin menghampiri di kawansan air terjun tersebut , cikgu dan rakan2 yg sedang lena tadi tu semua dah dikejut  , budak2 lain dah tanggalkan baju and pakai jaket mcm dah nak bersiap terjun dalam air tu ... kitaorang pun get ready , perasaan membuak buak excitednya bila houseboat digabung kan keempat empatnya .... houseboat kami buat putaran semula ..... menghadap ke jalan asal ... budak menjadi pelik ... boat dilepaskan talinya ... budak makin bingung ....enjin dihidupkan , houseboat mula nak balik ke tempat asal ...budak2 jadi gila , meroyan , histeria dan sebagainya . Conclusion is , KAMI TAK DAPAT MANDI AIR TERJUN !!! . Arghhh , tensionnya ...


   


 


Lawatan sambil Belajar ke Terengganu :)

Assalammualaikum guys . Thanks sudi terjah blog ni . Actually ada post pasal title yg sama juga ni . Tapi , aku tak larat lah , sebab panjang berjeler . Sumpah ! baru cerita hari pertma punya , mcm apa dah . Malas nak cerita .... tengok gambar jelah ea ? hehe ....

Sahabat Sampai Syurga ;)

Ni gambar masa kitaorang dah bertolak atas houseboat tu.

Ehh2 siapa ni ? :D

Lawa tak aku susun kawan2 aku ni . Time ni depa takut sangat . Takut muka depa tak masuk camera . last2 okay je , mmg lawa pun . Mirza , kau memburukkan keadaan ! haha . Gurau ;)

Ya Allah ! Jangan pisahkan kami . Sesunnguhnya kawan2 kami inilah yg sentiasa berada bersama kami tika susah dan senang . Kami sayang kawan kami Ya Allah ! 

Sessi Tugasan pun bermula . Kitaorang masa tu kena lukis gambar pemandangan , lagu kumpulan dan cheer sound . Overall , not bad lah .

Konon tengah kushyuk lah tu . Muka ngan tangan mcm tu kalau sekali pandang rupa mcm tengah selesaikan maths . Padahal baca lirik je ! HAHA .

Kreatif ! Sumpah , kawan aku hebat2 semua ! Termasuk aku . (eh?)HAHA .

70% Hampir siap . Yang banyaknya cuma gambar pokok2 je . Tu yg tak sanggup nak lukis . Tapi tak apa , usaha tetap diteruskan !

Okay ! Jangan cerita banyak ! mmg cun gilaa gambar ni . Maksud aku , bukit tu yg cun . HAHA .

Siapakah gerangan disebalik gambar ini ? Rambut dah smart dah . Tak apalah , biar aku seorang je yg tahu siapa dia ni . Eleh , padahal semua dah tahu dah tu ! haha .

Asyraf ! Asyraf ! Asyraf ! HAHA . Serious , aku suka kalau lelaki , namanya "Asyraf" . Bagi aku unik nama tu ! (Haha , pelik kan aku?)

Photographer kreatif je yg boleh dapat idea dan tangkap gambar mcm ni . Hehe , bangga pulak ~ Serious , lawa sangat gambar ni . !

Okay , malam kebudayaan masa ni ...Tah pape je , dahlah gambar yg kitaorang lukis tak nampak ! tak pasal2 kena cerita . Huuh , nasib baik pastu okay !

Game yg menyeronokkan ! Eh2 , tingginya mamat dalam gambar ni ? Haha .

Naguib ! wah , pandai possing ea ! Sumpah , every moment we captured , we can see the beauty of nature ! SubhanaAllah !

"Tolong ! Munirah lemas kat situ ! Munirah lemas kat situ! Tolong ! Arghhh ! ohemjii ! Tanjat mak !" HAHA , kata si Afif 

One Direction Malaysia . Ada ahli baru ! Weee ~ (Daus buat muka comel!)

Cantiknya ! Rindu nak pi sini lagi .... :/

Kami sedang menyanyi sambil melayan perasaan !

The best friend there ever was !

Comel ! Comel ! Comel ! siapa ? :)

Ucapan alu-aluan oleh kakak hos yg bernama .... (err , lupalah apa namanya) 

Kami sedang bergurau senda ! Sumpah , rindu masa ni . Ehh2 , gigi siapa tu yg terkeluar ? HAHA , (sorry wan , jangan touching taww , sayang kau ! ) <-- ayat amik ati ni . :)

Selamat pagi sayangku Tasik Kenyir !

Candid ! (ehh? yeke ? ) HAHA .

........... Hensem ? i know it . x) LOL !

Wan nampaknya sedang bergembira ! 

Tingkat atas yg sibuk dan berselerak ! Alaahh , cikgu punya barang pun 2 kali 5 je dengan kitaorang . bersepahh !

Tidurr ! Penat ... ZZzzz ... Wehh , Naguib , nampak boxer kau ! HAHA !

Weee ~ Mmg seronok tidur kat depan houseboat ni . Tunggu masa je nak jatuh ! 

Si Comel Aku nak bernasyid ! *Buat muka ! Tak sah kalau tak tunjuk gigi ! 

Dekat muzium . Ehh , dah nak balik dah ?

Abang2 dan kakak2 hos . Hensem and comel2 belaka !

Girl Friends !

Cantik kan ? Cuba tanya siapa photographernya ? HAHA , aku ni tak habis2 dari tadi .

Geng KAA ! Eleh Shaker , malu2 pulak ! 

Shaker ! Ehh , Syakir ! ehh mana satu ni . Arghh , nampak sekerat je !

Breakfast time ! Karipap inti kelapa and lepat , ermm , lepat apa tah . yg penting sedapp !

Kat Kampung Buluh ! Monumen Batu Bersurat ! 

Aku baru perasan , yg kau makin tembam ! Swear !

Byee ~ Kami nak bertolak ~

P/s = Sorry , gambar tunggang langgang , tak mengikut jadual perjalanan tu . Harap faham lah yee .. Hehe , Thanks for reading ! I Love U All !!! ;)