The awesomers

Bloglist saya

Lawatan sambil Belajar ke Terengganu :)

(Actually , post ni sebenarnya yg asal . tapi disebabkan panjang , aku letak gambar je masa yg gi tasik kenyir tu . Wan Shaker yg nak baca sangat ni  Sebenarnya panjang lagi , disebabkan tak auto saved , dia jadi pendek sikit . )  

Assalammualaikum selamat petang , selamat malam , selamat pagi , selamat tengahari dan bergantung kepada kauorang yg tengah baca post ni <-- bak kata Wan Shaker mcm dalam video dia tu . Dahlah upload video kat youtube , sikit pun taknak bagitau kat Bestfriend dia seorang ni .Tup tap , tahu dengan sendirinya . Ni yg nak touching ni ,  :"| .Okay , menurut "LAS" (Logik Akal Saya) , Kawan kita yg selalu touching ni , sebenarnya orang yg paling prihatin dan caring dengan kita . Bukan senang nak jumpa kawan mcm ni taw taw . Okay , dahlah , dah melalut jauh dah ni . Berbalik kepada entry diatas . " Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu" . Okelaa , macam yang kauorang semua dah sedia maklum , (eh , konon maklum sangat laah tuu) , Aku ada  menyertai lawatan PKS ke Terengganu . Actually , event ni , lebih pada Tasik Kenyir .

     So , perjalanan kami bermula pada khamis lepas . Seawal jam 9:45 malam lagi , (konon awal ler tu) kami dah berada di perkarangan sekolah . Bas tiba pada pukul 10 suku then , lepas masukkan barang dalam bas , Bacaan doa dimulakan .Seperti yg dijanjikan , aku duduk sebelah Wan Shaker ! Wan ! Wan ! Wan ! (haha , kau baca benda ni , mesti nak tergelak kan ? )Perjalanan kitaorang tidak seboring yg disangkakan , kerana banyak perkara yang telah kami lakukan sewaktu dalam perjalanan . Haha , mcm2 laa , contohnya berbual , buat lawak , main handphone , mesej , main game dan tidur . <-- erk? tidur pun seronok taw .haha .So on , mcm2 lah aku berbual , dari A hingga Z patah balik ke A dan stop di W . Sebab ? aku ngantuk. tidur lebih kurang pukul 3 baru boleh lelapkan mata . Wan masa tu tengah khusyuk main game ape kejadah haram namanya tu aku pun taktahulah . yg penting aku nampak game yg dia main tu , kena goncang kuat2 handset tu . Kadang2 sengal jugak game tu . Haha X) .

JUMAAT : 19 OKTOBER

     Tengah nyenyak2 tidur , terjaga pukul 6:20 . Belum solat subuh lagi masa tu . Entahlah samada pakcik tak nampak masjid atau masjid yg taknampak si drebar tu . HAHA . Apa ni ? Okay , akhirnya , pukul 6:30 pagi kami solat di Masjid Kuala Terengganu kot kalau tak silap . Lepas solat sama2 , Cikgu suruh tukar baju  koko , warna oren .Yang menjadi perhatian , kawan2 kitaorang yg baju dia dah kecik , ada yg terlampau besar ada yg dah nak koyak rabak pun adaa .. haha . ada ke ? . Al-maklumlah , baju dah lama tak pakai . macam2 pattern yg aku jumpa , termasuk baju aku sekali . Asyraf cakapp aku pakai Inner ke ? Waklu lah cap . Aku takmain lah pakaian2 perempuan mcm tu .. err .. ~

     Okay , lepas dah tukar baju tu , masuk dalam bas plak . Laa ni , baru aku keluarkan camera . Save battery katanya . malas nak guna awal2 . membaziakk ... Cikgu cakap , kita ada lagi 3 jam nak sampai ke SMK Matang , Terengganu tu . Huuh , lama lagi bhaii .. aku rasa mcm nak tercabut kaki dah ni . <--- cakap , mcm aku pulak yg drive bas tu . padahal duduk je kott . haha . serious , taktahu nape , kebas gila kaki .

     Lepas tu , budak2 nasyid ni practise nasyid . Tapi perlahan je semua suara . Takut ganggu orang lain tidur .Akhirnya jam 11 lebih pagi kami sampai di SMK Matang . Sayangnya , masa tu hujan . Jadi , sambutan tu , kurang meriah sikit . It's okay . kitaorang pun mcm biasa , sampai sana terus daftar . Aku mcm biasaa laa , tengok dulu kakak Hos yg cantik2 katekaww . Fehh , come lote awek2 ganu kito ni . <-- kan dah keluar loghat ganu . haha . Okay , tanpa disedari Asyraf telah menjadi model bagi sesi pendaftaran . hua hua hua .


     Okay , mcm biasa laa , sampai je kitaorang terus makan . Makan kuih karipap inti kelapa dengan lepat ... lepat ... ermm , lepat apa ek ? yg penting bukan pisang .adeh lupalah .Okay . Sessi ucapan oleh wakil tamu pun bermula , haa , Patutnya Wan , pastu wan suruh aku , aku pulak tengah sibuk tangkap gambar , last2 , Afif yg kena . Hahaha . Tah pape je ucapan dia . Tapi okelaa , sekurang-kurangnya audience gelak , yg bestnya tu , yg gelak geng2 KAA je . HAHA .

     Lepas tu , kami semua dibawa ke Kampung Buluh untuk ziarah batu bersurat yg sedang femess di buku2 sejarah menengah ni . Akhirnya dapat tengok jugak . Ingatkan bestt ,, ppuihhh    !!!!!! Memang best pun .... haha , gila kau cakap tak best ? . Sejarah silam beb , sapa yg taknak tahu kan kan ? Okay kauorang nak tahu tak apa sejarah batu bersurat ni ? Okay kalau nak tahu , cuba search kat google "sejarah batu bersurat" Hahahaha . Kitaorang pun snapping lah gambar kat tempat tu .


     Masa nak balik dari Kampung Buluh tu , boleh pulak baju kitaoranng terkena cat air . Fehh , bercinta nak bersihkan beb , Sweater Wan lah paling meriah masa tu , kalau nak ikutkan dah boleh masuk Muzium Negeri dah . HAHA  Okay .


    Ingatkan masa tu nak solat jumaat , tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan , so kami solat qasar n' jama' masa tu . So , aku pun tersipu-sipu masa tu . Terkial-kial remind Pendidikan Islam bab ni . Yelaa , biasa teori je kan , mana pernah praktikal benda ni . Yelaa , kampung dekat je , mana pernah buat solat jama n' qasar tuu . Kalau Wan tu ye ar , kampung jauh , kaya , mewah , ecehhh .... ~ haha .Masa solat tu kann , jemaah kat masjid tu semua mcm orang pelik , mcm tak pernah nampak makhluk2 apalah yg kat dalam masjid tu , yg hampir semuanya berbaju oren . Haha , serius , pakcik2 tu semua pandang kitaorang tengah solat . Lagi2 aku , pakcik tu cakap kan , ehh , hensemnya Daniel Dani . Hahaha , gurau je .


     Lepas solat qasar n jama' , kitaorang terus dibawa ke empangan hidroeletrik Tasik Kenyir . Lebih kurang satu jam je dari masjid tu . So , bila naik gunung tasik kenyir tu , kitaorang dapatlah lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana empangan air tu diproses yg selalu dok menghantui budak2 form 3 kat dalam soalan GEO nu ha .Haha , tapi sayangnya tak boleh tangkap gambar kat situ . But , berbekalkan kebengapan dan keterlanjuran Raaif , secara  langsung rasa tidak bersalah , dia telah menangkap gambar . Dahlah pakai kamera aku . Haiishh , nak kena ni .

     Okay , then kitaorang telah sampai ke Tasik Kenyir , dan terus houseboat .Ada empat biji houseboat Kitaorang dapat houseboat warna biru . Wilayah Celcom katanya . Haha . 20 orang je yg naik houseboat tu . Yg lain , naik houseboat lain . Wahh , best gilaa , mcm rumah pun ada dah . Okay , lepastu kitaorang terus berpossing . Wahh , kelass . Hambikk ni ! Debushh !!

     So on , kitaorang start melakar dan terus khusyuk membuat tugasan yg telah diberi oleh akak dan abg hos . Kitaorang masa tu melakar pemandangan yg kita lihat sepanjang perjalan berada si atas houseboat tu . Wahh , apa lagi kawan2 aku mainkan peranan diaorang lah kan , siapa2 yg pandai lukis tu , mmg kena rajin2 kan lah tangan untuk melukis . HAHA , maklumlah aku kan ketua diaorang masa tu , so , mmg semua orang aku control , yg bestnya tu , semua tak dengar cakap . HAHA , layan jelah , Tapi alhamdullilah , sebab masa tu dapat cipta lagu kumpuan yg unik sikit dari kumpulan yg lain . Kitaorang ambil dari lagu kumpulan one direction yg tajuk lagunya "what makes you beatiful" . But , kitaorang tukar edit dulu lagu tu . Feehh , tengoklah , siapa punya idea kan ? hihi ... Okay , lepas dah habis melakar tu , kitaorang keluar dari tingkat atas tu , ingatkan dah nak sampai ke tempat air terjun tu , but cikgu kata lama lagi . Aku tengok masa tu cikgu akramin , hafizi ngan cikgu huzaimi semua dah membuta ... Fehh , boleh plak kan dia biarkan kitaorang ... haha , lantaklah , cikgu membuta , kita buat onar ! haha .

     Last2 , ramai jugaklah yg tidur , yg tinggal masa tu , Shaker , aku , afif , daus , asyraf ngan Raaif . Duduk2 je kat depan tu . sambil menikmati pemnadangan katekaww . Indah gilaa , SubhanAllah , aku tak pernah tengok pemandangan yg indah mcm ni . tenang je .... Okay ! jam dah pukul 5:30 Petang , bot tiba2 perlahan , dari jauh aku dah nampak kelibat air terjun sedang terjun dari atas (erk?) haha ... yeay ! dah nak sampai ! haha .... best ni :) . Okay , perasaan semakin excited bila house boat kami semakin menghampiri di kawansan air terjun tersebut , cikgu dan rakan2 yg sedang lena tadi tu semua dah dikejut  , budak2 lain dah tanggalkan baju and pakai jaket mcm dah nak bersiap terjun dalam air tu ... kitaorang pun get ready , perasaan membuak buak excitednya bila houseboat digabung kan keempat empatnya .... houseboat kami buat putaran semula ..... menghadap ke jalan asal ... budak menjadi pelik ... boat dilepaskan talinya ... budak makin bingung ....enjin dihidupkan , houseboat mula nak balik ke tempat asal ...budak2 jadi gila , meroyan , histeria dan sebagainya . Conclusion is , KAMI TAK DAPAT MANDI AIR TERJUN !!! . Arghhh , tensionnya ...


   


 


Lawatan sambil Belajar ke Terengganu :)

Assalammualaikum guys . Thanks sudi terjah blog ni . Actually ada post pasal title yg sama juga ni . Tapi , aku tak larat lah , sebab panjang berjeler . Sumpah ! baru cerita hari pertma punya , mcm apa dah . Malas nak cerita .... tengok gambar jelah ea ? hehe ....

Sahabat Sampai Syurga ;)

Ni gambar masa kitaorang dah bertolak atas houseboat tu.

Ehh2 siapa ni ? :D

Lawa tak aku susun kawan2 aku ni . Time ni depa takut sangat . Takut muka depa tak masuk camera . last2 okay je , mmg lawa pun . Mirza , kau memburukkan keadaan ! haha . Gurau ;)

Ya Allah ! Jangan pisahkan kami . Sesunnguhnya kawan2 kami inilah yg sentiasa berada bersama kami tika susah dan senang . Kami sayang kawan kami Ya Allah ! 

Sessi Tugasan pun bermula . Kitaorang masa tu kena lukis gambar pemandangan , lagu kumpulan dan cheer sound . Overall , not bad lah .

Konon tengah kushyuk lah tu . Muka ngan tangan mcm tu kalau sekali pandang rupa mcm tengah selesaikan maths . Padahal baca lirik je ! HAHA .

Kreatif ! Sumpah , kawan aku hebat2 semua ! Termasuk aku . (eh?)HAHA .

70% Hampir siap . Yang banyaknya cuma gambar pokok2 je . Tu yg tak sanggup nak lukis . Tapi tak apa , usaha tetap diteruskan !

Okay ! Jangan cerita banyak ! mmg cun gilaa gambar ni . Maksud aku , bukit tu yg cun . HAHA .

Siapakah gerangan disebalik gambar ini ? Rambut dah smart dah . Tak apalah , biar aku seorang je yg tahu siapa dia ni . Eleh , padahal semua dah tahu dah tu ! haha .

Asyraf ! Asyraf ! Asyraf ! HAHA . Serious , aku suka kalau lelaki , namanya "Asyraf" . Bagi aku unik nama tu ! (Haha , pelik kan aku?)

Photographer kreatif je yg boleh dapat idea dan tangkap gambar mcm ni . Hehe , bangga pulak ~ Serious , lawa sangat gambar ni . !

Okay , malam kebudayaan masa ni ...Tah pape je , dahlah gambar yg kitaorang lukis tak nampak ! tak pasal2 kena cerita . Huuh , nasib baik pastu okay !

Game yg menyeronokkan ! Eh2 , tingginya mamat dalam gambar ni ? Haha .

Naguib ! wah , pandai possing ea ! Sumpah , every moment we captured , we can see the beauty of nature ! SubhanaAllah !

"Tolong ! Munirah lemas kat situ ! Munirah lemas kat situ! Tolong ! Arghhh ! ohemjii ! Tanjat mak !" HAHA , kata si Afif 

One Direction Malaysia . Ada ahli baru ! Weee ~ (Daus buat muka comel!)

Cantiknya ! Rindu nak pi sini lagi .... :/

Kami sedang menyanyi sambil melayan perasaan !

The best friend there ever was !

Comel ! Comel ! Comel ! siapa ? :)

Ucapan alu-aluan oleh kakak hos yg bernama .... (err , lupalah apa namanya) 

Kami sedang bergurau senda ! Sumpah , rindu masa ni . Ehh2 , gigi siapa tu yg terkeluar ? HAHA , (sorry wan , jangan touching taww , sayang kau ! ) <-- ayat amik ati ni . :)

Selamat pagi sayangku Tasik Kenyir !

Candid ! (ehh? yeke ? ) HAHA .

........... Hensem ? i know it . x) LOL !

Wan nampaknya sedang bergembira ! 

Tingkat atas yg sibuk dan berselerak ! Alaahh , cikgu punya barang pun 2 kali 5 je dengan kitaorang . bersepahh !

Tidurr ! Penat ... ZZzzz ... Wehh , Naguib , nampak boxer kau ! HAHA !

Weee ~ Mmg seronok tidur kat depan houseboat ni . Tunggu masa je nak jatuh ! 

Si Comel Aku nak bernasyid ! *Buat muka ! Tak sah kalau tak tunjuk gigi ! 

Dekat muzium . Ehh , dah nak balik dah ?

Abang2 dan kakak2 hos . Hensem and comel2 belaka !

Girl Friends !

Cantik kan ? Cuba tanya siapa photographernya ? HAHA , aku ni tak habis2 dari tadi .

Geng KAA ! Eleh Shaker , malu2 pulak ! 

Shaker ! Ehh , Syakir ! ehh mana satu ni . Arghh , nampak sekerat je !

Breakfast time ! Karipap inti kelapa and lepat , ermm , lepat apa tah . yg penting sedapp !

Kat Kampung Buluh ! Monumen Batu Bersurat ! 

Aku baru perasan , yg kau makin tembam ! Swear !

Byee ~ Kami nak bertolak ~

P/s = Sorry , gambar tunggang langgang , tak mengikut jadual perjalanan tu . Harap faham lah yee .. Hehe , Thanks for reading ! I Love U All !!! ;)