Bloglist saya

Saturday, November 3

Malaysia vs Barat

Assalammualaikum and hello guys . Ehh2 , apa hal Malaysia vs Barat ni ? ada perang ke ? HAHA . Tak ada pun sebenarnya . Berkaitan dengan title diatas tu , aku nak ceritakan tentang  mengapa pemikiran rakyat Malaysia ini masih berfikiran tertutup dan tidak berkembang . Oopss , sebelum aku melangkah , tersasul , mencarut , megherdik , mencaci , aku nak susun 10 jari memohon ampun dan maaf ya bapak2 ibuk2 atau kepada pihak2 yg terasa ama post saya kali ini ... Bisa diampun ya ? HAHA , Kan dah keluar Indon dia .  Baiklah ,

                                                   Bismillahhirrahmannirrahim .....


 Media massa merupakan golongan terpenting dalam menyebarkan maklumat pada masa kini . Ini bukan sahaja , wartawan , golongan yg terlibat sama adalah pengarah filem yang aku maksudkan . Okay jom kita terokai satu persatu . Kalau kita tengok lah sekarang ni kan , ramai diantara kita yg gemar menonton filem dan cerita kan ? Tambahan pula dengan sambutan hangat di panggung wayang yg tidak putus2 menayangkan cerita2 terbaru . Okay , let us check it out film in our country . Kalau kauorang perasan lah kan , filem kita kat Malaysia ni , genre dia semuanya berulang je . Seram , Cinta , Komedi , seram , cinta , komedi , seram , cinta , komedi . Perasan takk ? okay tengok contoh kat bawah ni ...



Ehh2 , Farid Kamil dah nak khawin dah , tak pasal2 jadi mangsa aku hari ni ! HAHA !

Anyway , cerita ni terlalu dan sangat2 seram . 

Hrmm , no comment about this film . Kelakar lah jugak ~

     Okay , itu antara filem2 di negara kita ... Nak tengok tak bagaimana filem barat menguasai minda rakyatnya agar berfikiran luas melalui penerapan media massa ni ? Okay tengok antara filem2 mereka :

Hugh Jackman in Real Steel Poster
See , cerita ni bagi aku sangat complete dengan watak robot , yakni sains fiksyen , sesuai untuk kanak2 yg menontonnya , kasih sayang antara ayah dan anaknya , semangat bekerjasama dan sikap tidak berputus asa.

See ? Robot lagi ? mereka banyak terapkan unsur2 sains untuk orang yang menontonnya . 

Cerita kartun , but masih menerapkan unsur2 haiwan yg telah pupus . Filem yg menunjukkan semangat bekerjasama dalam satu masalah . See ?

Komen keseluruhan : Okay , sekarang kauorang semua dah nampak kan perbezaannya .. ? Kalau Malaysia nilah kan , masih buat genre cerita yang sama , satu contoh , genre cinta . Okay , memang tak dinafikan lah genre yang macam ni makin menular dengan buak sebuak sebuaknya kan ? hamboii , cik kiah , kemain kau mengumpat yee ... HAHA . Okay , so , kalau dah banyak cerita mcm tu , tak mustahil lah sebenarnya rakyat kita yg tonton ni setiap hari leka dan lalai dengan cinta , dan pastinya benda ini tak mustahil boleh berlakunya anak luar nikah ! ^^ kat sana tu . Cuba tengok filem luar negara , bukannya maksud aku filem barat ni tak ada langsung   unsur cinta , mcm cerita Twilight saga tu , mmg ada , tapi yg menarik cerita tu , set yg digunakan , kat hutan , bukit dan sebagainya .... kan menarik kan ? Kalau filem kita ni , cinta , khawin , cerai , cinta , khawin , cerai . Lepas tu , set yg digunakan , shopping complex , rumah , hospital , pejabat . Huuh . But but but and butttttttttt ! haha . TAK BERMAKNA FILEM MALAYSIA NI LANGSUNG TAK ADA YANG BAGUS ! ADALAH ! MMG ADA !! ( ayat amik ati ni . hehe ) Taw siapa ? Alaaa , filem arahan si anak ucup Haslam tuu ...
Haa ? aksi kan , sampai boleh buat kereta terbalik , terbakar dan sebagainya , aku rasa tahap cerita mcm ni ada potensi besar untuk pergi jauh ! Fehh ...


Kesimpulannya : Media massa ni sebenarnya adalah pihak yg harus memainkan peranan penting dalam membentuk minda orang yg menontonnya . So , kepada pengarah2 kat Malaysia ni , tolong tolong and tolong , buat satu cerita yg boleh membasuh minda rakyat Malaysia . Cuba tengok filem barat , mereka sanggup berpenat lelah bagi mendapatkan hasilnya , sanggup tunggu lama sampai tahun 2015 untuk tayangannya .. berlakon ambil masa setahun , edit dan sebagainya 3 hingga 4 tahun . Huuh , kalau Malaysia , tak sampai 5 bulan berlakon , bulan depannya dah tayang .Tak mustahil lah kalau satu hari nanti orang Malaysia ni dah taknak tengok cerita sendiri . Okay ? So ? jangan amik ati sangat apa yg aku cakap ni , aku ni cuma bagi pendapat je . Lain orang kan lain pendapatnya kan ? So , majulah sukan untuk negara ! haha . Takde kena mengena ni ! La taqrabu zina  okay ? . Sekian , Assalammualaikum .. ;)

   I LOVE MALAYSIA !!!




No comments: