Bloglist saya

Tuesday, December 25

PMR (Part 2)



Assalammualaikum & Hello readers . Thanks sudi ziarah . Pertama sekali aku nak minta maaf kat kauorang semua atas sebab tak balas mesej , tak on facebook , tak reply questions ask.fm , whatsapp , tak angkat call , twitter dan mcm mcm lagilah . Baru pagi ni . Tepat jam 2:20 pagi aku tergerak hati untuk buat sesuatu semenjak tidak dapat tidur dari pukul 1 pagi tadi . Aku tergerak hati untuk menulis sesuatu dalam blog ini ! Aku nak luahkan segala-galanya apa yang terpendam dalam hati .

Dear guys ,
For your information , my results still ada subjek yang A . Alhamdulillah syukur kerana tiada yang gagal . Tetapi , aku tak boleh tipu diri aku sendiri , walaupun mulut mengucap syukur . Tapi hati aku? Hati ibu bapa ku? Mcm mana . Orang yang tak ada perasaan je yang boleh masih duduk senang lenang . Peritnya hanya Allah saja yang tahu . I know all of this happened cause of my fault maybe . Aku pasrah , aku redha , Tapi hati siapa yang tidak berasap dan iri hati melihat nama kawan kawan kita satu persatu dipanggil untuk menerima sijil PMR dengan keputusan cemerlang ? Jauh di sudut kecil hati aku mengatakan , "bodohnya aku tak belajar pandai-pandai . Kesian mama aku penat-penat datang , then dapat tahu keputusan aku teruk sebegini . " Saban hari asyik melenyapkan diri tanpa apa-apa perkembangan . Mama pernah cakap , 'Angah jangan bukak facbook , nanti hati Angah akan lebih sakit . Tapi Angah minta maaf Mama , Angah tipu Mama . Angah bukak facebook jugak . Padahnya , sakit hati lihat status serta gambar2 kenangan kawan2 yang menggenggam sekeping sijil bertuliskan TAHNIAH ! 9A PMR .Mereka siap bergembira didalam faceook. Sakit hati ini , hanya Allah saja yang tahu . Ada pernah jugak , Mama tanya , kawan2 Angah ada call atau mesej Angah tanya keputusan ,? Walaupun ada , tapi Angah tetap tipu Mama dengan katakan 'tak ada' . Ramai yang call Aangah Ma . Ramai yang Mesej Angah Ma . Tapi Angah minta maaf sebab menipu Mama . Angah tak nak Mama turut tersiksa hati masa tu .Kalau boleh kira masa tu , mcm mcm yang diperkatakan kotak hati aku ni  . Ya Allah , kalau nak cerita tentang perasaan , mmg sangat-sangat sedih sebab aku dah melukakan hati ibuku .

I still remember that time , mama menangis depan aku kerana keputusan aku yang teruk sebegitu . Aku yang berjanji tidak mahu menjatuhkan airmata akhirnya kalah juga .Aku dapat melihat air yang mula bergenang di kelopak matanya yang sayu , lalu tidak lama kemudian jatuh bercucuran . Hati ibuku bagai dihiris-hiris dengan kebodohan aku . Aku sangat-sangat bersalah ketika itu . Fikiran aku melayang sebentar ketika itu dengan kata-kata manis yang pernah aku janjikan dahulu . Namun kini semuanya hancur lebur bagai tiada harapan . Aku sangat-sangat sedih . Rasa mcm nak bunuh diri pun ada kerana tidak mahu hidup lagi , hanya mahu menyusahkan dan menyakiti hati orang tua . Apa guna manusia mcm tu? Itulah yang bermain difikiran ku saat mendengar rayuan , leteran dan bebelan oleh ratu hidupku , Mama . Leteran seorang Ibu itu tidak pernah henti dan selalu disampaikan tanpa rasa jemu . Cuma kita , kita yang sentiasa rasa jemu dan tidak ambil peduli . Padahnya ? Nah , rasakan apa yang diberi atas keputusan ini !

Mama ,
Angah minta maaf sebab buat Mama menangis .
Angah tahu result PMR Angah tak membanggakan Mama.
Angah minta maaf sangat-sangat Mama .Angah tahu yang Angah banyak main-main.
Sentiasa tak dengar cakap Mama.
Angah janji akan berubah dan akan menjadi yang terbaik pada tahun 2013 nanti .
Maafkan Angah sekali lagi Mama.
Mama selalu tak penat berleter dan beri nasihat pada Angah walau kadang - kadang Angah sendiri naik 'muak' dengan leteran tu .
Angah tahu Mama buat tu semua sebab nak tengok Angah berjaya .
Mama janganlah menangis . Angah janji akan berubah .
Angah tak boleh tengok Mama menangis . Nanti Angah rasa bersalah sangat .
Maafkan Angah , Mama


Ya Allah Ya Tuhanku , berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menempuh semua ini .

Mama , sesungguhnya ini merupakan janji Angah kesekian terakhir kalinya , bahawa Angah akan pastikan bawa tangisan airmata Mama pada tahun 2015 semasa mengambil keputusan SPM Angah , itu merupakan tangisan kegembiraan Mama . Itu janji Angah . Doakan Angah selalu Mama .

TERIMA KASIH MAMA 
TERIMA KASIH ALLAH

No comments: