Bloglist saya

Saturday, January 26

Wan Mohd Shaker Bin Wan Adnan :'(





*FIRSTLY , AKU DEDICATEKAN LAGU SAMPAIKAN SALAM (ADIRA VERSION) UNTUK KAU !
 
 Assalammualaikum w.b.t. Hello readers . Abg , kakak , adik , pakcik makcik dan yang bersekutu dengannya . How are you ? Jam menunjukkan pukul 2:36 pagi , di pagi yang hening ni , actually takdelah hening sangat , biasa2 je . I gonna to type something ! Yes ! I gonna ! Post kali ni khas sikit sebab title dia betul2 aku specifickan . Cewahh , nampak? rajin tak aku? haha :D

     Berkenaan dengan title diatas tu , okay mungkin ada yang kenal atau tak kenal , actually kauorang kenal ke dia siapa? Famous sangat ke dia tu? Siapa dia sebenarnya? Kenapa aku nak cerita pasal dia? Pphhuihh!
Haha :D . Okay , bila aku dah type or nak cerita about someone tu , mestilah orang tu , ada kena mengena in my life (#LahSangatKan?) . Okay , kalau kauorang tengok gambar kat sebelah kanan gadget ni , ada caption Wan Mohd Shaker . Who's him? Yes ! My bestfriend . Okay , kenapa dan apa yang sedih sangat ni?

 
 Actually sebenarnya mcm ni , Wan Shaker dah nak pindah sekolah ! Disebabkan surat tawaran dia tulah ! Hish ! Buat apa lah pindah ? Stay je kan bagus ! *Marah ni2 . Nak buat mcm mana kan? Dah rezeki dia pindah , dah takdir kami berpisah . The moment when he said " Qayyum , aku pindah sekolah 2 minggu lagilah . Relaxlah , minggu depan ada lagi ! " . Okay , *aku nak nangis . Tapi cover2 lah jugak . Sebak je lebih masa tu . And dalam masa 2 minggu tulah , aku kena isikan masa within laughing , eating and solat together . Nanti kalau tak , mesti aku akan merindui semua itu . Tapi , masa tu terlalu kejam ! Kenapa cepat sangat berlalu?

     Aku rasa bosan bila Asyraf , Syafiq and Raaif pindah lebih awal . Tapi , mmg aku loose gila2 masa Wan nak pindah . Aku dah start rasa sedih and kehilangan bila rasa sesuatu yang aneh masa Kelas Math tadi . Wan Shaker takde dalam kelas . Dia uruskan fail sekolah dia lah kan ! Sibuk je ! :D . An that time , i feel so feeble gila2 . Peritnya Allah saja yang tahu . Yelah kan , since from form1 kita kenal kan? Masa berlalu begitu pantas . Okay , untuk 4 perenggan utama ni , baru pendahuluan . Belum masuk isi lagi . Gila tak?
Okay .....

   JOM SINGKAP KENANGAN DAN MEMORI LALU .......


Wan , did you still remember all of this ?



     Ingat lagi tak time form1 dulu kita buat reunion party . But tak ramai yang datang kan? Tapi still ingat masa kita makan sama2 dengan geng2 yang lain . Lepastu , main buai dekat taman , gelongsor , haha , tulah nak sangat main . Maklumlah dah lama tinggalkan permainan budak kecik ni . :D . Lepastu , ingat tak masa kita2 yang lelaki ni , ambil gambar ramai2 , yang paling beria Syafiq lah . Haha :D

Wan ....

Ingat lagi tak masa kita datang kursus integriti pengawas dulu? Aku still ingat yang kau pernah merungut pasal satu game ni . Dia kena cari pasangan yang huruf depan nama yang sama , dengan tarikh kelahiran yang sama . Kau lah orang yang paling benci game ni . Haha ;D . Sebab , mesti dalam sekolah tu kan , kau seorang je yang takde group bila main game ni . Taktahulah kalau kau akan benci game ni sampai bila2 . Haha :D  Laka - laka je masa tu ....


*Image failed to loading because it's comel2 sangat !

     Lepastu kan Wan , ingat lagi tak masa kita form1 dulu , kalau jalan kemana2 , mesti kita berempat je . Aku , kau , Asyraf dengan Daus . Hampir setiap masa . kan? kan? Kalau time rehat tu , mesti kita berempat jaga tempat yang sama . Walaupun sebenarnya aku dengan Daus kena jaga blok lain . Haha ;D Pppuihh ! Tak amanah punya Pengawas ! Maklumlah , buddyz takkan terpisah katakan .

Wan , did you still remember our sweet time when Pertandingan Bahasa Arab masa form1 ? Kita sama2 cipta lagu yang perkataan ustazah suruh hafal tu . Pastu , aku punya lah semangat sampai berhias songkok kauorang dengan manik2 . Haha . Lawa kan? Yes i know , tengoklah , tangan siapa yang hias? ^^, Tak sangka pulak kita menang kan? Alhamdulillah , dah rezeki kita , nak buat mcm mana kan? 

     Bila dah naik form2 , kita terpisah sementara , But we still contact each other together kan? Alhamdullilah... Okay , ingat lagi tak masa form2 dulu , aku pernah lambat datang rehearsal nasyid dalam pertandingan tu . And bila aku dah sampai sekolah , tup tap kauorang suruh cancel kan group nasyid sebab dah tak ada time nak berlatih lagi . Aku punya semangat dengan bawa bendera bagai . Kau boleh batalkan mcm tu je? Perghh , yelaa , aku tahu salah aku masa tu kan? Aku datang lambat pun sebab ada hal . Ingat lagi tak masa tu aku merajuk ngan kauorang ?  Kau ngan Asyraf tak lama lepastu , pujuk aku . Hehew ;D . Iolls sungguh gedikss ! Sweet sangat lah kan kau pujuk masa tu . Whatever lah , yang penting dapat masuk nasyid . Aku harap kau takkan lupa sampai bila2 nama 'ARAB FC' tu taw taw !

     Did u still remember when cikgu Md Noor tertukar nama kita . Sebab dia pelik , muka kita hampir sama . Haha , tak tahulah kau tahu tak benda ni . Masa form1 dulu pun dia selalu pelik jugak . Selalu terpanggil aku dengan nama "Wan" . Cikgu cakap , muka awk dengan dia ni iras2 lah . Eceh cikgu ! baru tahu ke? hahaha :D



     Wan , ouh Wan , ingat lagi tak masa kita hangout sama2 tengok wayang masa form2? Masa tu ada Hazim ngan Ishlah sekali . Kita tengok cerita RealSteel sama2 kan? Aku masih ingat lagi yang kau duduk sebelah Ishlah , aku duduk sebelah Hazim . Lepastu kan , ingat lagi yang kau marah aku , actually takdelah marah sangat , haha . Aku ingat lagi kau cakap "Qayyum , kau biar betul kat sini tempat duduk kita . Check betul2 lah ! Jangan salah ! " Hish Wan ni ! Banyak bunyi pulak ! Aku yang order tiket , eden tahulah tompek duduk kek mano ! Haha . Lepastu , aku pun ikhtiar je sebenarnya masa tu , sebab dalam cinema tu gelap , jadi tak nampak lah no seat kat tiket tu . Tapi nasib baik okay lepastu . Alhamdulillah ~

    

Wan , ingat lagi tak masa kita tidur sama2 masa qiamulail KAA? Aku paling tak boleh lupa , masa kau bercakap sebelum nak tidur tu . Cikgu dah cakap , saya taknak dengar suara . Lepastu kan , kau still berbual , sampai tiba2 kau nampak satu kelibat besaq depan kau ! Oh men ! Cikgu rupa-rupanya ! pastu terus kau senyap ! hahaha :D


Wan , Wan , Aku nak bagitahu kau something , aku nak bagitahu , kenangan kita masa form3 lah paling banyak gila2 .....

     Ingat lagi tak masa kita belajar sama2 dulu . Masuk bengkel sama2 . KKQ sama2? Sweet kan time tu . Everything we've done together . Lepastu aku still remember masa kita beli makanan kat kantin hari2 . Sampai satu hari tu , kau tanya aku , Qayyum , kau tak makan ke? "Aku diet la" Gelak besaq je kau . Hahah :D 

     Ingat lagi tak masa kita solat  Dhuha sama2? Ada pernah sampai satu tahap . Kau pernah cakap kat aku "Qayyum , kau ni solat Dhuha mesti time kelas KKQ Amira je kan? Huuh , tersentap aku masa tu . Ishh Wan ni , mana ada ! Aku solat tu kerana Allah lah ..... Aku tak perasan pulak time solat tu , dia ada kelas kat situ . Mana lah sempat nak pandang2 dia .... Hehe :D . Semenjak kau cakap mcm tu , aku terus rajin2 kan diri nak solat Dhuha selalu .Tu aku paling aku tak boleh lupa ! :)

    Wan , ingat lagi tak masa kita kena pergi kem Pengawas tu ? Kau takde masa tu Wan . Alah , tak bestnya . Tapi takpelah , AKU REDHOO ! hehe ;D . Kau masa tu sibuk dengan Show Nasyid kau tu kan? hahaha :D . Whatever lah . Walau kau takde , aku tetap move on ! Tapi , kau datang semula ke kem pengawas tu esok harinya kan? Sampai aku tak perasan pun yang kau ikut gerak kump kitaorang masuk hutan sekali !. Pastu ingat tak yang kau puji aku sampai berbunga-bunga tu ? Kau cakap persembahan kebudayaan kump kitaorang lah yang paling best ! (Kononnya ler tu!) hehe:D Lepastu , ingat tak yang aku buat Mira sedih tu . Pastu aku pujuk dia . Kauorang tengok je kan aku dari khemah ! Haha , bila aku pusing je , semua woot woot wiit wiit kat aku ! Aaargghh ! bengangnya ! Tapi , tulah kenangan yang aku takleh lupa ! Kita tidur sekhemah kan ?

     And kenangan yang aku tak boleh lupa bila kita dah habis PMR ! Ingat kita pergi mana masa tu? Yeayyh ! Tasik Kenyir ! Okay , pasal ni , malas nak cite lagi . Sebab aku dah pernah cerita . So , aku nak cerita perkara yang berlaku tapi sebenarnya aku tak cerita lagi .... hehe ... Ingat tak malam nak bertolak tu Wan . Masa dalam bas tu , aku moody je , sebab kau tak layan aku . Padahal duduk sebbelah2 tu ! . Aku pun pandai sangat , konon merajuk , mesej beb ! haha . Ingat lagi mesej yang aku hantar " Kita ada kat sebelah ni , taknak layan ke?" . Pastu kau balas , "Bukan taknak layan, tengok mcm marah je" . Haha . Sweet kan time tu? sangat lah kan ?? :D . Duduk sebelah2 dalam bas , still mesej . Membaziaq kredit! 

Ehh2? Aaron Aziz ! EHH ? Sorry , salah gambar pulokss !




Haaa ! Ni baru betul ! hehe :D


    Lepastu kan Wan , ingat tak lagi yang aku moody gila ngan kau tu . Sebab sebelum bertolak tu dah janji nak duduk sebelah aku dalam bas kan . Tahu2 bila dah nak balik PG semula je , kau duduk sebelah Afif ! Ciss ! DASAR CURANG ! Haha :D . Aku pun duduk lah sebelah budak kecik tu siapa tah nama , yang penting belakang kau lah ! Hati tengah berasap je kan ? HAHA ;D . Pastu ingat lagi tak yang kau tegur aku , aku buat tak endah je . Kesian kau kan? Sampai aku pujuk kau semula masa berhenti kat RnR tu . Aku tahu , masa tu kau pun tengah marah lagi kat aku . Aku nampak sangat dari riak wajah kau . Aku rasa Asyraf pun perasan situasi tu . Takpelah . Aku pasgrahh . And , beberapa hari lepas tu kita okay semula kat facebook . hehe ;D .Kalau ikutkan , aku memang paling banyak touching masa form3 kan? kan? Aku rasa kau pun mmg double2 triple3 dan segala ple2 lah perasan dengan benda ni kan ? haha :D . Tahu sebab apa? Sebab aku dah start serius with our friendship ni . Aku cuma nak jadi kawan terbaik . Tu je .

    Wan , Tahu tak setakat sampai sini aku taip dah pukul 4:00 pagi dah . Aku tahu mesti kau nak baca lagi kan ? Okay , takpe , aku taip lagi .... sabar yee .... nak turun jap , minum air , haus ... 

Arrghhh .... sambung .....



Wan , ingat lagi tentang memori manis ni ? Aku harap , dalam banyak2 our memories , this one u will never forget K?
     Aku still ingat yang kita pernah discussion gila2 dalam bilik kaunseling tu . Hehe . Actually banyak main2 sebenarnya . Sampai satu masa tu fed up & tension aku . Dah tak boleh nak practise aku punya skrip tu . Pastu , kau pergi buat tweet "Qayyum tengah tension!" haha .:D Sweet gituh ;) . Pppuuihh :D HEHE ....
Tapi , nasib kau pujuk aku perlahan-lahan . And then i'm okay ...
     Still remember that night , seperti yang dijanjikan kita akan gerak ke Muar dengan Cikgu Hazlin sama2? Best kan? sebab naik kereta comel , :D (Jangan marah saya ye cikgu Hazlin ;)) hehe . Lepastu ingat tak masa dalam perjalanan tu , kita singgah Burger King ? Cikgu belanja ! bestnya dapat makan sama2 . Yang kelakarnya , bukan kauorang je , dengan cikgu2 sekali tak makan sayur ! hehe ;D

     Syg , 
     Ingat lagi tak masa malam tu kita sempat bergurau senda , ketawa2 buat lawak dengan Asyraf , rehearsal , kat ruang tamu kampung Cikgu Hazlin ? Kita minum teh panas yang cikgu buatkan , lepastu kita ketawa , kita dengar lagu sama2 ,kita dengar cikgu bergayut dengan tunang dia . Ya Allah , rindunya ! aku rindu semua tu Wan ! Kalaulah diberi peluang sekali lagi untuk merasai semua tu !
     I still remember that time bila Cikgu kata suruh tidur pukul 12 suku kan? haha ;D .Ingat lagi tak perstiwa kita bertiga tidur atas katil? Apa yang kita buat? Yeayyy ! perkara yang kau paling suka ! Berbual dan bercerita ! bed story time lah kononnya !. Wan , aku harap kau tak lupa apa yang kita bualkan dan apa yang aku cakap kat kau malam tu . Dalam banyak2 tu , aku rasa tulah kenangan aku yang paling manis dengan kau . Aku seronok sangat2 . Ingat taw , apa yang kita bualkan malam tu , rahsia kita taw , walaupun sebenarnya aku tahu Asyraf curi2 dengar perbualan kita malam tu . Hehe ;D . Syg kau Wan!

     Ingat tak masa kita bersarapan warung kat depan rumah tu ? Ya Allah , bestnya suasana kampung masa tu ! Ingat lagi aku masa tu , aku amik mee goreng dengan telur , kauorang pun ambil benda yang sama . Aku order milo panas pun , kauorang order benda yang sama ! Huwaaa :'( .... Rindunyaa .......    

 And the time come , tiba masa untuk bertanding ! Walau perfomance aku tak seberapa , tapi gembira dapat bersama mayat2 ! Eh , tak ! gembira dapat bersama dengan Asyraf and kau ! hehe :D . Jangan lupakan apa yang kita buat tu taw . hehe :D

     Ingat yang kita makan kuih kat Kantin sekolah agama kakak Cikgu Hazlin ? (Hamboii , panjang bebeno namanya) . Best kan? budak2 semua tengok kita pelik je ! Lepastu , peristiwa kat rumah kakak cikgu hazlin tu ? hehe , biarlah aku , kau dengan Asyraf je yang tahu . Terlalu privasi jika mahu dicerita ! ;D KUIKUIKUI .....

     Ingat tak masa balik tu , kauorang semua termasuk cikgu , dengar aku nyanyi dalam kereta ! Bestnya ! haha , merdu je suara budak tu nyanyi ! haha :D . SIAPALAH TU KAN ? HEHE .......Lepastu , yang kita singgah RnR Machap tu? Kita solat sama2 ...... Rindu sangat2 Wan .....

Tapi ! Tapi ! Tapi ! Tapi kan Wan ! Kita dah tak boleh  bersama dan buat semua perkara sama dah lepas kau pindah nanti ! Kita dah terpisah :'( . Jarang nak jumpa .

     Aku cuma nak kau tahu , yang aku dah cuba jadi kawan kau yang terbaik , tapi , aku tak mampu . Aku minta maaf ! Aku cuma harap satu je , Jangan lupakan aku bila dah besar nanti ea ? Jangan lupakan semua memori manis yang kita lakukan bersama ea? Aku sayang kau sangat-sangat . Aku takde hadiah nak bagi kau sebelum kita berpisah . Cuma cerita ni jelah yang dapat aku hadiahkan untuk kau . Harap kau suka . Sekali lagi , terima kasih untuk segalanya ! Thanks for being the sweet friend for me . I Love you So Much !



Salam Sayang ;

Muhammad Daniel Qayyum Bin Alseekri


2 comments:

Naz Zura said...

daniel.. best sangat blog awak ni.. entah camane entah.. kita dapat feeling sekali. hahah. teroskan kejayaan awak daniel !

Daniel Dani said...

@Naz Zura Thanks so Much Naz ! . Tulah kan , bak kata Aisyah Asmaulkhair , berpisahlah kerana Allah :')