The awesomers

Bloglist saya

Carta 5 Teratas Habit Saya

Assalammualaikum and well Hollo readers ! See you back guys . Miss you so much . Haha , Aku menaip ala-ala perasan lebih pulak . Mcm lah ada pembaca setia blog aku ni . Mesti kauorang rindu dengan gambar & video aku kan ? Mesti rindu nak baca penulisan aku kan ? Mesti kauorang rindu aku kan ? Haha , okay ayat yg last tu serious boleh buat org nak muntah . *Baldi satu*

Okaylah , tanpa membuang masa atau membuang tabiat lagi , Today i'm gonna tell you guys about my habits . Secara pendefinisian , Habit ni adalah satu rutin ataupun perilakuan kita hari-hari . Apa yg aku nak kongsikan ni , adalah habit aku , dan tak ada kena mengena  dengan yg hidup ataupun mati . *Evil laugh* .
Menurut kajian Dr bla bla bla bla ...... aku malaslah nak taip , senang cerita kauorang WIKI je apa tu habit . I 'meant , to everyone who don't know what is habit . Guane tu ? Ada jugak manusia mcm ni ke ?
Mungkin apa yg aku akan cerita ni , ada persamaan dengan habit kauorang . Atau iras-iras mungkin ? Nanti uolls boleh comment dekat bawah ni ye sesayangs :) Ahaks . *Gediks*

Bismillahirrahmanirrahim .....

1) MANDI AIR PANAS 

Tudiaaa bak hang . Ni adalah habit aku dari kecil sampai laa ni . Tak habis-habis nak menatang ni jugak . Aku lebih suka mandi guna water heater and the important is aku jarang mandi guna ayak sejuk . TAK TAHU KENAPA . Aku lebih selesa rasanya mandi guna air panas compare to air sejuk (air biasa) . But , aku akan cari air sejuk juga untuk mandi satu masa nanti .Guess when ? Time Ramadhooon . Haha . Gilaalah , Pasir Gudang ni dah mcm Pulau Haba weh . Balik sekolah , lucut uniform , teghoii mandi  :D . Tapi bukan tu aku nak cerita . Aku nak cerita pasal habit aku time mandi ni haa ....

Kalau mandi guna water heater ni , My main habit is , PAUT TANGAN KIRI ATAS BAHU KANAN . Ada tak antara kauorang yg sama jugak habit mcm aku ni ? Dari kecil kot habit ni . Tak sah kalau tak buat . Dulu kan , aku ingat dalam dunia ni , aku seorang je yg ada habit mcm ni . Haha , tah pape je ~

2) TIDUR

Aku kalau time tidur tak adalah masalah sangat bagi aku . Tapi setiap org mesti ada habitnya tersendiri kan time tidur . Ada yg ada gigit bantal bushuukk lah , kena dengar lagulah , kena gentel telinga , itulah , inilah dan mcm2 lagi ! Tapi time tidur aku ada 2 Habit yg utama , yg aku rasa kena lakukan untuk biarkan mata terlelap dan lena diulit mimpi . Yang pertama adalah aku kena goyang-goyangkan kedua kaki . Kalau tak goyangkan , mmg tak boleh tidur . Yang kedua ni , Erm . Terasa malu pulokss nak khabaq . HAHA :D . Habit aku dari kecil sampai besaq ni , time tidur aku kena pintal hujung selimut tu , and lalu2 and usap2 kan kat atas pipi . Bunyi mcm vodoh - vodoh pelik je . Tapi itulah hakikatnya . *blushes eyes kejap* . Haha , malu ni . Sumpah aku taktipuu weyy . Kauorang pulak mcm mana ? =)

3) KUKU

Okay , berkenaan dengan kuku . Ni habit baru aku taw ! Lebih kurang dalam seminggu lepas habit sengal ni terjadi tanpa diundang . Dapat kad jemputan pun dok ! Tiba tiba je habit ni dtg sesuka hati .
Cemharooommm ~ ! . Act , habit aku bukannya gigit kuku seperti spesis-spesis yang bersekutu dengannya . Aku sejak kebelakangan ni , suka masukkan kuku ibu jari kanan aku , ke celah 2 gigi atas . Haha , panjang bebeno nak khabarnya ni . I don't know why . Suka sangat2 . Marvelous ! Haha . Otakmuu ~ . Habit haromm ni akan dtg menyerang secara tiba2 . Kadang2 dia tengok free time aku juugak . Kalau tengah free2 tu , tetiba je rasa nak buat ini macam . Eventhough dah tersedar pun , aku still nak teruskan .
Apa kehe lah deme ni !

4) YEAY ! 

Habit ni pun termasuk dalam top 5 aku jugak . Haha , kira habit ni dah tepu lebih 6 atau 7 tahun lah . Lamaa jugak tu . Habit ni adalah antara habit yg aku tak boleh nak buang . Eventhough have been scolds many time by both of my parents . Aku , kalau dapat apa2 pun , tak sah kalau tak sebut Yeay ! Eventhough dialog simple sebegini , " Angah nanti teman Mama gi carwash " . Yeay ! Apaa sehh aku nih . Benda takde papepun . Watlek watpeace je kot . Aku je sentimental sikit . Terlebih girang agaknya . Or terlebih gula ni ? Haha :D . Kalau dah dialog simple mcm tu pun aku dah jerit yeay , Apatah kalau tiba2 My Mom hadiahkan Galaxy S4 ? Wowww , takde bunyi yeayy dah masa tu . *Pengsan habiss * Muehehe :3

5) ULANGAN & MENGULANG

For me , tak sah kalau aku tak mengulang sesuatu ayat tu . Contohnya kalau aku ada dengar lirik lagu yang terlampau keawesomemannya , "Mother Father Gentleman" . And the words aku akan ulang2 ulang , and ulang serta mengulang berkali-kali ayat tu . Bukan sejam dua , tapi sehari dua taw . Haha :D . Org yg kt dalam rumah tu sampai naik tension dengar aku asyik ulang benda yg sama . Mana taknya weyy , aku tak boleh kalau dpt satu ayat ni , mesti aku rasa nak ulang banyak2 kali . Seriouss . Nanti bila dah ulang , mulalah nak start merepek merhaban bagai ~ . Tah pape je .

Okay guys . So , itulah cerita aku mengenai habit pada hari ini . Mesti kauorang pun ada habit sendiri yg mmg tak boleh ditinggalkan kan ? Mana taknya , dah anggap mcm adik beradik sendiri . Habit tu bela dari kecik weyyy ! Takkan nak tinggalkan . hahaha , lewls ! xD

So , kauorang pun mesti ada habit sendiri yg nak di'share'kan kan ? Meh sini rajin2 lah comment
sesayangs ;) Takde manusia pun yg perfect melainkan Nabi Muhammad S.A.W .....

That's All For Todayy ! Thanks for reading . See you guys in the next post . Love u so muchh !
Assalammualaikum ....

#Kauorang , jomlah support blog aku dengan cara hit button like di bawah ni ye . Tak susah pun . Tak perlu nak sign bagai . Just click that button if u like my post . InsyaAllah improvemment will be done in the next entry . Thanks kauorang ....

#Nantikan the next entry about pesanan & amanat !



No comments: