Bloglist saya

Sunday, June 23

Maaf ! Sibuk & Terlampau Sibuk !

Assalammualaikum & Hollo people . Firstly , aku nak minta maaf sebab lama tak update blog kan . Maaf sangat-sangat atas segalanya . Sampai ada yg bertanya kat facebook . Mungkin diaorang dah lama kot follow story aku . Wahh , ini yg lagi buat terharu ni ...



Tak diduga . Thanks semua yg sentiasa follow story aku ni . Takdelah aku ni menaip syok sendiri je . HAHA . Okay . Overall , aku nak bagitahu sejak aku balik dari Umrah ni , Fehh melambak kerja-kerja ... Boleh tahan jugaklah . Task sana sini . Photoshoot untuk sekolah , Majalah Mekar lagi . Tu belum kira homework aku lagi . 11 subjek . 1 subjek je dah dekat dua hingga tiga kerja . Kalau ada 11 ? Ehh ! Tak senang duduk dibuatnya ! 

Then , nak siapkan Paper Work Programme hujung tahun ni . Haa , bercerita tentang Programme ni , akhir tahun ni aku berhasrat nak buat big event yg sememangnya gempak ! Howaa . Tu yg busy sikit tu . Saban hari aku dok mengadap kertas kerja and kerah idea bagi dapatkan sesuatu yg bernas . Penat bebb = =' . Tapi seriouslah aku cakap ngan kauorang sejak aku dah naik Tingkatan 4 ni , makin busy bebeno Mak Jemah seorang ni . Aku sendiri tak minta untuk dibusykan sebegitu . Aiitt ? Haha . Pun boleh ~

Kauorang cubalah bayangkan ea , Aku pergi sekolah , 6:40 pagi dah keluar . Habiss sekolah pukul 3:30 . Then , kalau ada extra class atau study group , pukul 4:30 baru balik . Itu biasa lagi . Hari selasa kot aku paling tak tahan . Guess what ? Sanggup ke kauorang balik pukul 5:30 petang ? Dah nak dekat 12 jam kot aku kat sekolah . Tidak ke tepu Kepala Hotak  kauorang , terima banyak sangat ilmu non-stop ? Betul kata Cikgu Biology aku , org yg kerja guna otak ni akan lebih terasa cepat penat berbanding org yg membanting tulang empat kerat ... 

6 setengah pagi dah keluar , 5 setengah petang baru balik ? ( Macam org kerja half day lah weyy ! )

Pastu , balik rumah , dengan penatnya lain , ngantuknya lain . Mana nak buka mata lagi nak study kalau dah terlelap . Sarat gila mata ni dengan 1000 kepedihan ngantuk . Fehh , mmg bercintalah jawabnya kalau nak study . Yaa , tapi aku perasan sesuatu ! Kerana ini semualah membuka mataku untuk memberitahuku , bahawa aku tidak boleh berleka ! Aku sudah semakin mencapai peringkat dewasa . Bermakna , semakin banyak tugas yg perlu aku lakukan untuk menjadi lebih cemerlang ! Ayuhh bangun ! Dan Luaskan Kuasamu ! . HAHA . Dah mcm JDT pulak yee ~

So , sekarang ni pun aku dah jarang nak update blog dek kerana kerja-kerja yg tak terhabis buat tu . InsyaAllah kalau ada masa , aku akan update lagi ! Thanks for reading yaww ;) Peace . 

Suka post kali ni ? Hits button like kat bawah ni yee ;)

Assalammualaikum .... 



No comments: