The awesomers

Bloglist saya

Alamak , makin berumur makin kurang duit raya !

Assalammualaikum kepada semua yg mengenali aku ni pun adui ! Ayat salam ala-ala Iklan Raya Johan Raja Lawak tu . Membuatkan aku tergelak seorang-seorang . 1 Malaysia katekaww . 

Okay , hye readers . See you again ...

Aku ada satu cerita yg aku nak share pada kauorang semua . Mungkin kauorang sendiri pun pernah alami atau mungkin akan mengalami atau kauorang sendiri sedang senasib dengan aku . Hrmm ... 

Aku perasan sejak beberapa raya tahun yg lalu termasuklah raya tahun ni . Bila aku makin meningkat dewasa je , mesti makin sikit dapat duit raya . Mcm yg uolls tahu lah kan , khususnya duit raya ni orang tua perlu beri/sedekah pada anak anak kecil mahupun yg masih belum mampu menyara diri sendiri . In others word we said it belum bekerja  lah kan . Kalau tak silap aku , ini pun merupakan satu amalan yg disuruh Nabi . "Bersedekahlah pada hari raya" Itu sebagai tanda kegembiraan buat mereka yg mendapat sedekah or something like that lah ...

As well Malaysian atau aku rasa lebih sesuai ditukar kepada "Melaysian" . Nowadays orang tua will more give duit raya for Childs . Ada sebab yg munasabah ke ? Tiba tiba rasa nak nyanyi lagu Pink (Just Give Me A Reason) No matter what antara sebab yg reasonable lah sangat :


 "Abu dah besar kan , tak payahlah dapat duit raya lagi" (Jawapan ni mmg famous)

Haha . Tapi kalau ada jawapan yg kurang hajar sikit mcm ni :

"Minggu lepas Abu ada pecahkan Aunty punya cermin tingkap rumah kan ? So , Aunty tolak habis duit raya Abu ni sebagai ganti cermin tingkap :p

True story . Agak biadap . :p

Itu yg biasalah kan . Tapi aku nak cerita pengalaman aku berayalah sepanjang bergelar Remaja yg ajet-ajet awesome nih .

Raya tahun 2009

Seingat aku , tahun inilah yg menjadi saksi bahawa ketinggian aku menaik dengan mendadak . Tahun aku mengambil UPSR (Tiba-tiba teringat kat Ustzh Zahariyah yg pernah ajar aku subjek Pendidikan Islam . Ni statement rindu .) Ye .Aku tak tahu kenapa mungkin time tu proses nak matang agaknya tu yg makin tinggi . Hamboi , awalnya :P . 

Dan pada waktu tu , All my family ikut pi beraya rumah Kawan Papa area Johor lah . Aku tak ingat sangat . Tapi apa yg aku ingat ada seorang makcik ni , masa time kitaorang dah berdiri bersiap siap nak keluar dari rumah dia , mcm biasalah adat kita mesti bersalam salaman kan . Dan Kanak-kanak lah golongan paling bahagia sebab makcik tu takkan salam dengan tangan kosong . Mesti ada pampasan . In Chinnese we said "AngPou" .

Time aku nak salam makcik tu , kauorang tahu apa ? Dia boleh cakap , "Ni dah besar2 ni tak payahlah ea dapat duit raya , sian adik2 kecik tak dapat lagi" . Pergghh . Panas hati ni weyy . Panass .

Aku dtg punyalah dengan muka penuh harapan lagi hensem segak bergaya . Boleh dia ckp mcm tu . Kalau ikutkan hati time tu nak je aku jawab " A'ah lah makcik . Saya mmg dah besar . Minggu depan ni je dah nak kahwin . Nanti jemputlah makan nasi minyak ye " Tapi tak boleh ckp camtu pulok . Kang nanti ado yg kono polompang maut ayah aku . Hahaha . xD

Makcikk , saya baru 12 tahun kot . Saya pun layak dapat duit raya . T.T (Nangis keluar airmata darah pun mcmlah makcik tu baca ni)

And that time aku rasa mcm . Argghhh ! Kenapa tak adil . Sedangkan aku masih kanak-kanak dan BERHAK dapat duit raya ! ."Rintihan Seorang Kanak-Kanak"

See ? Hanya kerana makcik tu salah anggap aku ni tinggi mcm dah tingkatan 4 ke 5 ke . Dia boleh tak bagi .
Kadang rasa nak salahkan makcik tu sebab salah anggap . Kadang rasa nak salahkan ketinggian aku kenapa naik mendadak . Dan aku pun rasa nak marah diri sendiri kenapa aku sibuk2 nak pi ikut family beraya rumah makcik tu . Kalau tak mesti semua ni takkan terjadi kan ? Menyesalnya ~

Hahaha . Ecewahh , ayat aku mcm org yg dah lost je . Mcm takdop life pulak .

Okay sambung ~ 

Tapi kadang ada certain makcik's makcik's yg pandai ni , dia dah bagi hint awal awal lagi . Nak tahu taktik diaorang ? 

Time kauorang sedang sibuk jamah kuih raya , berborak dengan family , duduk minum2 , tetiba makcik tu bersuara " Abu tahun ni dah tingkatan 4 ye ?"
Dan time tu kauorang perlu faham satement makcik tu ! Dia bagi hint kau supaya kau kena sedar bahawa kau dah besar dan tak boleh dapat duit raya dah ! Haa , bijak tak makcik zaman sekarang ? Bijak bukan . Anda mampu menilainya ;)

Raya tahun 2010-2013

Dan mcm biasalah . sampai raya tahun ini . Duit raya bukan bertambah , bukan maintain . Tapi makin kurang . Kalau masa kecik2 dulu , raya pertama je boleh invest RM100-RM150 , Tapi bila dah dewasa ni , nak dapat RM70 sehari pun susah . Hrmm . Nampak tak ? So on aku dah tak berapa kisah sangat dek kerana 3 tahun mengalami peristiwa yg sama . Tetapi semuanya tidak sejak tahun lepas , aku dapat merasakan erti sebenar syawal dan hari raya ini . Aku dah dapat merasakan kegembiraan itu bukan hanya boleh diperolehi dari mendapat duit raya sahaja .

Aku mula merasakan keseronokkan Syawal itu sendiri dari pelbagai sudut antaranya , dapat menikmati Ketupat , rendang , lodeh dan pelbagai lagi . I meant bukan maksud aku sebelum ni aku tak pernah rasa tu semua . Cuma tak menikmati betul2 masakan tu . Baru aku tahu apa yg dikata "Warisan peninggalan zaman berzaman" Terima kasih kepada org-org yg mengekalkan warisan ini yg sememangnya lazat ! Kerana kamu semua , kami generasi anak muda masih dapat menikmati warisan tersebut .Selain itu , aku juga dapat rasa kuih-muih tradisional . Dan serba sedikit dapat mengenal nama nama kuih . Bukankah itu juga merupakan satu pembelajaran ? Disamping kita berhari raya . Aku rasa seronok sangat ! 

Then , time rayalah kita dapat berkumpul bersama-sama ahli keluarga tersayang , sanak saudara , sepupu , sepepat xD . Dan waktu mcm ni juga kita mengambil peluang untuk berbual dan bersembang dengan mereka . Bila malam raya , memasak sama-sama . Buat ketupat sama sama . Yg lelakinya pula , sibuk di halaman kampung bersama-sama bermain bunga api & mercun WALHAL Kauorang tahu ianya BAHAYA . Cousins yg lain ada juga sibuk balas mesej , Online , main Ipad , gosok baju , dan semualah ! Bukankah itu semua seronok ? Ini semualah yang dikatakan dengan Kemanisan Aidilfitri !

Indah kan Islam tu ? SubhanaAllah :') Maha Suci Allah Tuhan Yg Menjadikan Fitrah Islam Itu Sungguh Suci & Indah .....Disini mengajar aku erti sebenar Syawal Yang Mulia . Bukan sahaja kita menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa . Tetapi ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahmi . 

Ya . Mungkin dulu masa kecil , kita rasa nikmat syawal tu adalah dapat kumpul duit raya siapa paling banyak .
Tetapi sekarang tidak lagi . Tambahan lagi , seronok dapat kumpul dengan kawan2 , sahabat handai pergi beraya sama2 . Bersembang . Hrmm .... :) Alhamdulillah , Terima Kasih Allah . 

So , sekarang ni tak kisahlah , kalau aku raya dapat duit raya lagi atau tak . Sebab aku tak hadap sangat pun . Mungkin bunyinya agak KEREK&CUKUP POYO . Tapi aku dah ada persepsi aku sendiri tentang Kemanisan Aidilfitri tu sendiri :).Mungkin kadangkala ada patutnya kenapa makin berumur makin kurang duit raya . Kita perlu belajar bahawa kita satu hari nanti pun akan menjadi Seorang Ibu/Bapa . Dan time tu kita pulak kena bagi duit raya pada kanak-kanak . Am i right ?

Tapi budak sekarang pandai demand lebih2 doh ! Kalau dpt duit raya , depan tuan juga dirabaknya ! "Ek eleh ! Rumah besaq , seghinghitt je !" Lol xD

Nak dijadikan cerita , kauorang nak tahu raya aku tahun ni , apa je yg dapat aku beli dengan duit raya yg tak seberapa tu ? Nidiaa ! Mmg dah lama gila kot aku idamkan ! Akhirnyaaaaaa ... :')

I bought it from one of Shopping Complex in Kulai

Seraya mereka bersuara : Daniel ! Huh seriously ? .
Then with my slumber : " Bolehlah cari makan " 

Aku nak sangat beg ni sebab yelah , aku ni jenis penyimpan barang . Kalau kauorang nak tahu , dompet aku je dah ada 3 buah taw ! kau hadoo ? Tapi yg banyaknya kad je dalam tu . Duit jangan ceritalah T.T .Sebab aku kalau jalan2 mesti bawak tab , phone , wallet kalau adapun books or some magazines yg boleh release bored and tension along my journey lah . Jadi amat sukar bawak benda ni semua tanpa bantuan kan . Tu pasai aku beli beg ni . Senang nak masukkan barang . And mudah bawa ke mana-mana . Tak gitu Jah ?

Okay . Tu saja yg aku nak kongsikan harini . Semoga kita semua dapat manfaat dihari lebaran yang mulia ini . Akhir kata , Hargai Warisan turun temurun ;)

So , that's all for todayy ! Thanks for spending your time here to read my bebel celoteh . Salam Aidilfitri . Nak duit raya ? Datang rumah ! Bak kata Kak Yuna : Raya Oh Yeah ! Ahakksss xD  . Bye . I love yalls . Assalammualaikum . Keep supporting me . Kalau suka , tekanlah button like kat bawah ni . 

Kak , duit raya seringgit je ? Tambang bas nak balik pun tak lepas :/

No comments: