Bloglist saya

Sunday, December 14

Oh Tidaaakkk ! Zaman remajaku bermula

Half from da collection buku buku adalah FIXI *Sepupu Abg Ipar aku punya ni* Gilaa duhh dia minat membaca


Kalau cemginii bukan ulat buku lagi . silap hari tahap rama2 buku dah

     As! Sa! Lam! Mualaikum! Cewah , gaya bagi salam ala ala lagu Faizal Tahir tu . Minat betul aku . Eh kauorang apa khabar? aku nak bagitahu ni seronok gila dah habis SPM , tapi kejap jelah seronoknya . Tak sampai sehari je duduk rumah dah mengarok seorang diri sebab nak kerja . BOSAN duhh duduk rumah . Ceyhh , first2 kemain confident aku nak kerja sana sini bagai . Dengan nak start buat business itu ini bagai siap bersengkang mata demi membuat sebuku proposal yang aku rasa baru 20% siap . Eh cam nak hempokk laptop kadang2 . Mana taknya , ni aku nak cerita sikit . Sebab dulu sebelum habis SPM aku dah duk fikir mcm2 yang aku nak buat after exam . Kerja itu . Buat ni . Buat event . Hangout pastu jenjalan sana sini . Buat kertas kerja . Tapi yg berjaya aku buat rasanya hangout dengan jenjalan je kot . Lololol .
Sebelum SPM jugak kemain lagi tinggi mencanak confident level aku dapat siapkan business proposal TAK SAMPAI SEMINGGU . At the end apa jadi? Baru siap isi kandungan JE. Huwaaaaaaa , tulah baru kau tahu susah kan nak buat business? Tapi aku ni pun satu juga, kadang2 suka main2 buat kerja kalau dah bosan . Bukan tahu cari alternatif lain nak hilangkan bosan . Duhh- entah bila nak siap . Kauorang doakan akulah ea . Atau ada sesiapa yg bercadang nak collaborate buat business dengan aku pun amatlah dialu alukan ye . Tapi , aku bukak untuk yg serious je dalam bidang ni  hoccay?

     Orite , so cerita pasal kerja ni , for sure yg baya baya aku pun mesti dah ada yg kerja kan? dan yg dalam dilema nak kerja pun mesti ada . Or kauorang ada yg tak dpt kerja lagi sebab asyik kena reject je? Kahkahkah kiddin' // Sama je apa yg berlaku ramai juga geng2 brotherhood aku yg dah start kerja and dah berhenti pun ada . Yg baru nak start kerja and yg takde kerja cam aku pun ada . Berbagai bagai ragam banyaknya . Aku bukan taknak kerja weyh , sebab aku dah berazam nak focuss kat business yg aku nak run tak lama lagi ni . Duhh ingat lagi benda tu . Dahlah cerita benda lainlah .

Sebenarnya ada jugak yg junior junior aku dah kerja especially yg form4 . Ramai je aku tengok . Yelah baguslah diaorang kerja at least ada pengalaman dan biarlah mereka rasa susah payah perit getir demi membeli sebuah Iphone6 yg baru tu . Keenn? Hahahaha . Alaaa tahu dah dak2 zaman IT sekarang ni .
So far , yg aku plan cuma kerja part time buat show jelah . Sebab tu aku cam bolehlah confident tak confident je nak nyanyi . Sebab aku sendiri dengar suara aku tak sedap . Setakat cari makan tu , bolehlah ... wkwkwkw xP

Habis--

Okay sambung ,

Zaman remaja ni bagi aku SERIOUSLY 90% sangat mencabar . Dan sebenarnya bagi adik adik yg nak tahu inilah permulaan realiti dunia anda yg sebenar . Pesan abg , lihatlah fikirlah dan pilihlah dengan mata hati bukan mata akal . Akal mentafsir perkara yg cantik tatkala hati mentafsir perkara yg baik . Amacam ? ada ala ala Fynn Jamal tak? Hahaha --

Macam macam benda yg aku nak buat jadi semakin sukar . FYI , bila dah meningkat dewasa ni semakin besar cabaran yg kita kena hadap . Duuhhh . Kalau nak share moments memang panjanglah . Tunggu jelah giliran kauorang nanti kayh? Cuma yg abg nak ingatkan lagi satu , kalau boleh , cuba plan hala tuju kehidpuan adik selepas SPM . I meant mcm , apa yg kauorang nak buat lepas exam nanti . Kerja? Fikir leklok apa yg adik adik nak kerja . Penuhilah masa cuti tu dengan perkara perkara menafaat . Jangan buat kerja haram sampai diejek sampah masyarakat . Jangan terlalu memilih kerja mcm abg kau seorang ni . Kedua jangan demand gaji mahal sebab kau tu result SPM pun takde lagi . Niat kerja ikhlas sebab nak cari pengalaman taw , bukan nak duit semata - sebab bila kita ikhlas bekerja , InsyaAllah duit yg masuk tu pun rasa cukup je walau sikit . Terasa mcm dalam Program Pencetus Ummah tetiba *okaymerepek*

Jadi , memandangkan aku pun dah habis SPM kan? blog ni akan kembali aktif mcm biasa . Dan akan selalu di update . Mungkin seminggu 3 or 4 kali ke . So kauorang dah boleh blogwalking sini cem biasa . InsyaAllah aku cuba share benda benda yg lebih bermanfaat untuk semua genre . Oh ya bagi sesiap yg nak buat tempahan perfomance atau host aku dah buka semula cam dulu . Untuk berhubung sila contact i di
e-mail m.danieldani97@gmail.com atau terus DM di facebook www.facebook.com/danieldani97 hoccay?
Harga boleh runding . Tu belakang cerita .
And sorry sesangat sebab tak boleh contact atau buat tempahan via whatsapp atau call sebab i takde pihak management yg nak uruskan .

Okay? --

So tamatlah sampai sini . Ada masa nanti aku share lagi . Aku nak sambung siapkan kerja kerja yg tergendala . But sometimes i need motivation untuk maintain my mood while finishing proposal tu . Tolonglaa aku seru roh semangat dan cergas ke dalam badan guwee   Jumpa lagi chuolls . I tinggalkan dengan lagu Faizal Tahir yang berjudul Assalammualaikum . Haaaipp ! Jawab2 jangan tak jawab . Dosa kang !

Bye . Jumpa lagi !


Next review : Holiday at Perak Darul Ridzuan 

No comments: