Bloglist saya

Tuesday, December 16

Teman orang Ipoh . Miker?


Perak Darul Ridzuan ,
Malaysia
Hello  . Seperti yang dijanjikan , harini aku nak share moments and bagi review sikit mengenai my vacation in Perak Darul Ridzuan Malaysia ni . So sebenarnya dah lama rancang nak pergi tapi disebabkan both of my dad and sister kena tahan kat wad sebab suspek denggi tuhari , so terpaksalah tunda untuk beberapa hari . Dan , last week barulah berkesempatan untuk bercuti . Iolls bercuti dalam Malaysia je lagi chuolls . Nak overseas kena tunggu habis round satu Malaysia --

Okay sambung .

     Kalau dari Pasir Gudang ni lebih kurang dalam 7 1/2 jam je nak sampai ke Perak . Itu kalau naik kereta atau bas . Kalau flight memang cepatlah . Seems Perak ni memang dalam semenanjung , memang naik kereta lah sebab lagi puas boleh berhenti ikut time kita kan ? --
So hari pertama sampai tu memang tak buat apa2 pun sebab dah pukul 12 30 malam . Haaa kau rasa ? :P

Sebenarnya camni taw . Sebab aku ni pernah sampai kat Perak sebab ikut Program Pelancongan Koperasi Antarabangsa tuhari , so aku kira jadi cam tour guide lah , nak gi mana lepas ni , pastu berhenti mana , pastu tempat2 yg best .

SECOND DAY

In the second day , aku ajak pergi Bukit Merah Laketown . Eh , tapi kitaorang tak mandi kat sana sebab tak best . Cuma aktiviti kat sini kitaorang akan ke Pulau Orang Utan Island .
Ye aku ulang . Orang Utan --
Haa dengar mcm educational trip je kan? Tapi not badlah sebab aku pernah sampai pulau tu .

Di bahagian hadapan Jeti
Huduhnya tangan aku . Wkwkwk xP
 atas boat :)
SubhanaAllah , view sepanjang ke Pulau Orang Utan

Okay , untuk sampai kat pulau tu for sure kena naik boatlah kan . Nama pun pulau . Tiket untuk dewasa RM 18 . Kanak2 aku tak pasti . Maybe half from the price kot . Tapi masa ni ada promotion . Kalau tak tiket seorang RM30 . So boat datang dalam 45 minit sekali . Kitaorang pun naik boat dalam pukul 1 30 petang masa tu . It tooks about 10 minutes to be there .
Sampai2 je --
Kitaorang disambut dengan salah seorang rangers yg bertugas .

So review yg boleh aku bagi apa yg menarik kat Pulau ni ,

1) Kauorang boleh pergi samada dengan kengkawan atau family . Both are really matched .
2) Tak sia sia pergi sini sebab ada instructor yg bertugas akan pok pek pok pek je sepanjang kau melawat orang utan (OU) tu
3) Berbaloi sebab orang utan ni adalah antara spesies yg sedang diancam kepupusan . Dan Projek Orang Utan Island yg dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak ni memang sangat menafaat sebab dia jaga spesies ni supaya tidak terancam .
4) Bagus sebab kau boleh bagitahu kat anak kau , dan anak2 kau kenal yg haiwan kat dalam tu adalah Orang Utan . Idoklah anok hang panggil orang utan tu bapak monyet pasai meke besar gedabok .
5) Lepastuh , terlalu banyak benda yg kauorang boleh tahu pasal OU ni . Aku bagi tahu sikitlah kalau kauorang nak tahu yg DNA si OU ni 97% sama dengan DNA manusia . So that's meant sebenarnya depa ni semua boleh menghidap sakit kencing maniiihh , daghoohh tinggi . Yg betino pulok mmg ado yg datang haiiidd . Haaa , ekau raso? --

Some videos about Orang Utan . 


 

Yg ni adalah replika Orang Utan terbesar di Pulau ni . Dikatakan namanya adalah BJAY dan merupakan king di Pulau ini

6)Aku malas nak bagitahu banyak2 sebab AKU BUKANNYA KERJA KAT SITU . Kauorang datang jelah situ ye?
7) Campur tolak darab bahagi semua , aku bagi 4 bintang dari 5 untuk Orang Utan Island Bukit Merah ni .
8) Depaa pun boleh merajuk jugak mcm kita manusia merajuk taw

Lepastuh , sebenarnya banyak je lagi tempat2 yg seronok tapi kitaorang satu family agak penat jadi tak sempat menyempat nak melawat lagi . Kat sini resort pun ada .Oh ye , sebelum aku terlupa , kat sini kira cam best jugak sebab tempat2 yg kauorang nak pergi semua sangat best dan dekat2 semuanya . Macam aku beritahu tadi , ada laketown yg cam waterpark tu kan ? Pun ada jugak kat sini . Tapi tak berapa best sebab The Lost of World Tambun lagilah gempaak ! Then before kitaorang balik tu my parents pergilah buat foot massage . Adik aku buat Fish Spa . Aku? Haha , pusing2 sekeliling kejap sebab cari tempat yg best2 . Come on , aku tengah buat research pasal nak run business tulah .

Chill duluuu :)

Red Hill Foot Massage

Kedai crystal . Jangan lupa beli ni taw ! Ada kelebihan tersendiri

Habis --

Eh jap ! baru aku ingat , kalau kauorang datang Bukit Merah Laketown ni , jangan lupa datang satu kedai . Haaa aduhaiii lupa nama kedai tu apa . Tapi dia jual souvenirs semua murah gila kot ! Antaranya topi swag yg ada jual kat Johor ni harga dia cecah RM30 kan ? Kau tahu cina tu boleh jual RM15 je? Kau rasa lagii ? haa -- Pastu dia offer 3 keychain RM1 . Duuhh , serious weyhh jangan lupa taw dtg kedai tu . Nak cari kedai tu senang je , masuk je dalam bukit merah laketown tu terus , sebelum sampai jeti kau ada nampak satu kedai souvenirs . Kedainya betul2 bahagian corner lot . Memang tulah kedainya . Banyak lagi barang dia jual . Okay , habis part ni --

THIRD DAY
The Lost World of Tambun , Perak

Holla hollo dah masuk hari ketiga . Okay aku rasa ni hari kemuncaknya . Mohh kita ke The Lost World of Tambun . Babe , seriouss gua cakap siapa2 yg datang Perak , tapi tak datang sini , memang rugi sangat2 . Haa kau rasaa? Pagi tu kitaorang bertolak awal yelah sebab excited punya pasal kan . Okay malas nak cakap banyak aku bagi review terus pasal Waterpark yg sangat ohsemm bagi aku .

1) Bayaran yg sangat berbaloi walaupun pada mulanya kauorang akan rasa cam cekik darah .
Dewasa : RM 50
Kanak2 : RM 43
Cun?
Tambahan : Disebabkan my mom ada Mesra member card , so dapat discount 15% . Tapi card tu boleh guna sekali je untuk sekali masuk dalam sehari .
2) The Lost World of Tambun ni bukan setakat Waterpark sahaja , tapi dia jugak ada banyak games cam roller coaster , yg flying2 tu pun ada , ada mini zoo , ada caves yg kau boleh masuk . And paling penting kau boleh rasa and main dekat the Looooooooonggggggeeesttt South River buatan manusia yg terpanjang and pernah tercatat dalam The Malaysia Book of Record . Wooowww ohsemmmm duuhh -
3) Cuma aku tak suka part masuk dalam tu outside food and drinks tu are not allowed . HAA normallah , tapi kalau kauorang nak tahu benda tu yg mmg aku tak suka dari dulu . Tahu nak untung lebih jehh . Haiishhh
4)So ni tips . Aku sarankan kauorang sarapan lah kenyang2 dulu kat luar melantak sampai kau rasa kau akan terapung bila kat air . Hahahaha . Then kalau nak beli makanan kat dalam tu , beli yg ringan2 jeh sebab kalau kauorang beli yg berat mmg sangat tak berbaloi dengan harga yg tinggi melangit and nasi and lauk yg sgt tak mengenyangkan . Beli roti ke pau ke cukuplah . Itu pun kalau kau mampu nak beli pau kat sana . Hahahaha :P
It's time for the roller coaster
Alaahhaaai sweetnya pengantin lama ;')
Kalau dah camginii seronoknya , kau rasaa ?
Ni je aku tak sempat naik sebab sibuk main gelongsor air . HAHAHA


5) Mandilah lama sikit keluar pagi tu , baliklah petang dalam pukul 3 atau 4 petang . Baru seronok . Baru puas main semua benda dalam tuh . Aku rasa sini agak sesuai dari Legoland sebab dengan bayaran RM50 kau bukan sahaja dapat main air tapi kau dapat main semua benda kat situ . Kalau lego RM180 belum tentu dapat main air . Oh ye , jangan lupa bawak duit lebih untuk sewa tubes kat sana . Satu tubes tu RM25 . Bila pulang semula , dia bagi balik RM10 .
6) But aku tak suka satu part pasal tempat ni , tak semua games kita boleh main walau dah bayar RM50 . Cam swans boat . HAA pastu rumah hantu dia RM10 seorang . Haaa bapak aku selamba je ckp , dik dalam tu semua hantu betul ke main2? "Hantu main2 je bang" jawab brother tu . "Taknaklah , kalau hantu betul sy naklah" . Hahahaha , kesian brother tu kena pedajal ngan ayah aku .
7) So walaupun ada duatiga parts yg aku tak berapa suka , aku tetap bagi 5 bintang dari 5 ! So , kauorang jgn lupa pergi hoccay? Sebab sangat ohsem .

The entertainerss



Notes : Aku dengar Gambang Waterpark pun dalam proses nak kalahkan Tambun Waterpark . Eheheh ! . Goodluck ye?
Tamat part ni --

FOURTH DAY




Pagi hari keempat ni kitaorang banyak jalan2 ke rumah cousin2 kat Perak ni . Next activity mula malam . Okay cuba teka mana pulak kitaorang pergi ?
Yeeeeahh . The Night Safari .

The Night Safari , Perak , Malaysia

Tempat ni mcm transformer . Siang jadi Zoo Taiping . Malam jadi  Night Safari . Haaa kau rasaa?
Dia mcm ni kalau kau pergi siang , memang namanya zoo . Alaaa cam zoo2 yg biasa kauorang pergi tu . Tapi kalau pergi malam , namanya jadilah the night safari . Tapi aku syorkan kauorang pergi malam taww . Sebab siang kan kita dah biasa pergi . Bila pergi malam ni lagi adventure sebab ada haiwan yg aktif waktu malam . Macam2 kita boleh tengok . Lagi seronok 'feel'nya pergi malam . Trylah . --

So ni reviewnya pulak ---

1) Untuk tiket masuk sangat berbaloi taw .

Adult : RM 20.00
Child : RM 10.00
And yg paling best banyak discount untuk gorup2 tertentu . Contohnya kalau kau bwk rombongan cik kiah 20 orang , nanti dapat 20% discount . Rombongan sekolah dapat 30% . Potongan harga boleh cecah sampai 50% . Lagi sekali , kau rasaa?
2) Dahlah harga murah , pastuh dapat naik train (keretapi mini) percuma taw ! Yg naik train tak berapa best sebab tak boleh amati haiwan tu secara dekat and tak boleh berhenti henti .Tapi yg muda2 tuh aku sarankan kauorang tak payahlah naik keretapi . Jalan kaki lagi tersangatlah adventure ! Sebab kalau2 lah Harimau kat kandang terlepas , berdesuupp mcm pelesit kau lari . Aku ckp mcm ni , sebab malam yg aku pergi tuhari mmg hampir2 nak dikejar Pak Harimau . Wkwkwkwkw . Tambah pulak tuh sesat sampai kol 11 malam . Haaaaaa gitu kau . BARU BETUL BERBALOI BAYAR RM20.00 . kahkahkah xP
3) Tips , pakai baju yg terang sikit sebab gelap gulita nanti susah kalau sesat kat dalam zoo . Jangan on torchlight atau flash camera atau halakan kat haiwan2 dalam tu kecuali dengan izin rangers yg guide tu .
4) Kauorang datanglah kat sini sebab sgt berbaloi duuh , rasa aku Zoo ni je kot yg beroperasi waktu malam dalam Malaysia ni .

Buaya Jelujong . Ini aku dapat pakai ISO paling rendah tahap cipan dah ni .
Susah gilaa nak capture sebab gelap
Macam pokok krismas kan? Haha yg putih2 tu bangau senanya --
Cik Zirafah tengah dinner 
Nampak tak kat kayu tu ? Haa tulah kucing hutan . Cam harimau kan?

Alooooo aku dah lupa apebenda ni T.T (Soorryy)


5) Kena pulak kauorang pergi sini dengan pencinta haiwan , huish lagi feel kot sebab depa boleh nampak apa yg kita tak nampak . Diaorang sgt menghayati and dapat rasa kehadiran haiwan2 sebab tu waktu malam pun , diaorang boleh nampak haiwan tu eventhoo kita ni terkial kial cari manalah "aku tak nampak tak nampak" hahaha .
6) Kena pulak kauorang pergi dengan kaki lawak . Hadoiihh .
7) Untuk The Night Safari aku bagi 4 1/2 bintang dari 5 ! (Tak full marks sebab peristiwa aku sesat kat zoo tu ! hahaha )


Last picture before dah jumpa jalan keluar dari zoo :P

Then lepastuh around pukul 11 lebih habis sesat kat zoo dan dah keluar semula dengan muka tak takut langsung . Hahaha , mak aku duk iye iye lah takut anak dia kena baham harimau . Hahaha
So next plan kitaorang nak late dinner . Huishh perut lagi tadi menggelodak dengan asid perut , sibuk dok kata "lapoo lapoo" . Haa tu tipuu .
Kitaorang pun decide and masa tu Kak Ain & Abg Faizal bawak gi makan kat Dataran Bandaraya Ipoh .
Mesti kauorang tertanya siapa Kak Ain & Abg Faizal ni kan ? Hahaha depaa ni cousin aku . Diaorang bwk gi sini sebab mmg duduk kat Ipoh pun .
So , sesiapa yg datang Ipoh , kauorang patut rasa masakan gerai2 kat Ipoh ni . Husih serious dokk mmg cantik gila viewnya ... berbekalkan lampu spotlight yg banyak kat dataran tu tambah pulak makan kat tepi2 tu pastu campur pulak perut lapoo . Hahahaha , aku tak banyak bunyi order kuey tioww basah ngan Apple susu . Huhuuuu seghonokknyaaaa .

K.Menyesal cakap pasal makanan.Kan dah lapar padan muka aku.

Sambung --

Walaupun tempat ni tak termasuk dalam list review aku , tapi aku tetap nak bagi review juga sebab tempat ni sangatlah best dan seronok .

1) Aku taktaw nama tempat , tapi kau cari jelah Dataran Bandaraya Ipoh yg ada lampu terang benderang , pastu cam ada padang luas.

Nilah view keadaan siang kat Dataran Bandaraya Ipoh tu .
Jangan lupa pergi waktu malam taw 
2)Nanti kau dah sampai je kau akan nampak gerai2 makan berderet kat tepi2 tu .
3) Yang bagusnya , dia bukak sampai lewat tengah malam . Tapi jgn kau datang jam 4 pagi sudahlah .
4) Waktu kemuncak gerai2 makan ni around jam 8 dan 9 malam .
5) Makanannya okay , sangat sedap . Ada satu gerai ni yg aku makan mmg sedap tapi aku lupa . Kalau kau nampak brother2 yg peramah , mmg tulah orgnya and gerainya . Serious weyhh sedap gila semua makanannya . Tak cukup tuh aku belasah Nasi Goreng Pattaya Basah . Perghh udang belambak beb 13 ekor besorr2 lagi . Kau rasaaaaaaaaaaa???

K.Lapar lagi .

Malam tu lepas makan kitaorang balik . Sampai je tengok jam , mak ! Pukul 2 pagi ??!!

Selubong dengan geboo terus pejam mata .

Habiss part ni --

FIFTH DAY

Okay vacation kami hampir ke penghujungnya. Last day ni kitaorang decide jalan2 di Telok Intan . Alhamdulillah merasa jugaklah naik menara condong tu . Kalau siapa yg jenis sensitif mungkin rasa pening2 sikit kat dalam tuh . Tapi sebenarnya takdelah condong mana sampai nak jatuh . Biasa2 jee --
Ni aku tunjuk gambor jelah . Tak banyak yg best pun kat sini . Itupun masa tu kebetulan ada karnival . Jadi meriah sebab ada banyak stall yg jual mcm2 barang .


Menara Condong , Teluk Intan , Perak
Malaysia
Bertolak balik ke Johor Bahru lebih kurang jam 4 petang dari Telok Intan .

Tamat hari kelima and percutian ini ! Yeayyy :)
---

Nota kaki : 1) Jangan lupa singgah Mydin Perak . Serious weyhh besar gilaa bapak . Cam Jusco Tebrau pun ada . Pastuh , bagi aku barang2 kat dalam tuh sangat murah .
2)Aku sempat shopping kasut dengan baju . And the best part , dia boleh jual kasut hight cut kulit tu dari RM137++ kepada RM59++ . Haaa kau rasaa?
Tak banyak bunyi , aku beli satu . Ngeh3 . Pastu beli t-shirt Ipoh . Okaylah RM25.00 . Worth buying katakan . Mydin Perak the best !
3) Mydin ni tak jauh kalau keluar dari Terminal Amanjaya tu , kau ..... eh ! sebelah menyebelah kot ! terminal tu dengan mydin . Jalan kaki pun boleh .
4) Pastu kalau keluar dari highway yg sebelah terminal amanjaya tu , belok kanan tu , teruussssss lagi kau kena try cendol pulut durian . Weyhhhhhhhh sedapp duhh . Berbaloi gila . Satu mangkuk besaqq RM4.00.Kau rasa lagi?
5) Kedainya warung tepi jalan jeh . Tapi okay apa . Haus2 boleh pekena cendol . Haaa ni aku attachkan gambar warungnya . --


Yang ni cendol pulut mangga . (Siekk , terliur pulak aku)
(Haaa ni terminal bas tuh )
Besarrrr gilaaa weyhh . Jangan lupa dtg sini jugak .
So , untuk Negeri Perak Darul Ridzuan , Malaysia , aku bagi 8 dari 10 markah ! Congratulationss . Alhamdulillah dari apa yg aku perhatikan Perak dalam keadaan membangun . Dah banyak kawasan perumahan terancang dah . Banyak projek2 dah berjaya dilaksanakan . Semoga terus maju !
Jangan lupa taw apa yg aku beritahu ni kalau2 kauorang ada yg dah rancang nak bercuti kat Perak . Sebenarnya banyak lagi temapt yg kauorang boleh pergi contohnya Geological park (PerakMan) , Labu Sayong , Taman Paya Bakau , Matang , Mee udang banjir and mcm2 lah !

Dan paling penting , aku harini menaip non stop dari jam 1 setengah sampai pukul empat petang wehh !
one more time .

KAU RASA ? ------

Okaylah penat dah . Lepasni nak sambung buat kerja yg tak siap tu . HoHOO . Ni berblogging pun sebab release tension . Tu ju review yg aku dapat bagi . Mana2 yang okay kauorang boleh gunakan and pergi tempat tuh . Kalau tak confident , bwk aku sekali dalam vacation engkorang tuh . Kehkehkeh xP

Last picture sebelum balik Johor . Thank youuu for the best hospitality Kak Ain & Abg Faizal :))))
We're happy stayed there . See you againn .
Dahlah bye ! Tak siap2 juga kerja aku melayan blog ni . Hahaha .
Assalammualaikum :)

*Penat aku taip ni , ce lah tekan button like sikit kat bawah ni*



*Ramai pulak duk request aku cover lagu mcm2 time2 cuti camni.Haish sabo jela

No comments: