Bloglist saya

Tuesday, November 3

Setiap kali post, mesti benda sama

Assalammualaikum!Hai apa khabaq semua?
Tu dia bajet bajet oghang utagha walhal pi blajaq kat selangor ja pun.Hahaha ni semua sebab roomate aku orang penang so berbual pun dah terbiasa.Loghat dia pekat beb.Ok,refer tajuk atas tu apa yang sama?Ni haa,setiap kali post mesti aku akan say sorry sebab lambat postlah,busylah,lepastuh jarang update lah walhal aku sendiri tahu yg blog ni memang dah tak ada readers weyh.Hahahaha *perasan blogfamous kejap*.But its okaylah,sebab blog ni kita nak update cerita kan?Of course entry panjang berjeler.Definitely we must took several hours spend time untuk menaip and shares something kat kauorang.
Alhamdulillah,its already semester break!After berpenat lelah study and hadap final exam semua kan.Huhuhu penat jugaklah.Ni tak lama lagi dah nak naik sem 2.And aku masih lagi mereput dirumah dengan kerja kerja.Actually tak adalah mereput sangat sebab ada jugak dua tiga projek and program yang aku buat.Kadang kadang kalau bosan aku blogwalking ke or i will do some research about future life. Oh ya! Ada topik.Ok let's we start.

Macam ni,sejak sebulan yang lalu,aku banyak termenung and berfikir tentang masa depan.Serious i feel like macam sejak dah jadi remaja ni semua benda kita kena fikir and renungkan.Setiap pilihan yang kita buat tu kena amati and perhatikan betul betul sebab takut takutlah kan kita buat pilihan yang salah dan akhirnya benda tu menjejaskan masa depan kita atau takpun sekurang kurangnya mengganggu plan perjalanan hidup kita (future plan) lah senang kata.Kauorang yang sebaya atau tua setahun dua dengan aku pernah fikir tak benda ni?I don't know how you guys feel but seriously aku sangat risau!Oh ye,aku dah ingat,semua ni terjadi bermula dari permohonan aku untuk loan pendidikan ptptn.That time when i feel that "Ya Allah,susahnya nak mohon!Fyi,ptptn tak cover penuh untuk kos aku.The reason is those family yang tak terima BRIM memang tak dapat bayaran penuh.Fyi lagi,kos diploma syariah undang undang aku berharga RM14,725.00.Cik PT cuma cover RM11,150.00 je.Woww and aku macam mana nak cari RM3575 lagi sobs sobs.Tolak tambah upah pengurusan semua,after my diploma graduation nanti,aku berhutang RM12K dengan ptptn.Hahahah serious aku nak gelak doh keluar keluar graduate je dah berhutang.Itu belum lagi kalau aku sambung degree on the next stage.

Bukan apa,aku kesian tengok both of my parents berhempas pulas berkerah tenaga nak cari duit semata mata nak tengok aku berjaya.Aku takut dan sedih kalau kalau aku menghampakan diaorang huhu.Itu belum cerita lagi monthly expense yang diaorang beri kat aku.Ya Allah,aku rasa bila dah melangkah masuk ipt ni baru nampak perjalanan aliran keluar masuk wang dengan laju!Seriously,on the 1st month on my first semester ni aku terkejut sebab terlalu banyak nak guna duit.And now i feel what my parents feel.Susahnya nak cari sesuap nasi.Tambahan lagi ni dengan harga minyak naik,tol naik,GST lagi yaAllah ...... Kalau dulu ok lagi,tapi sekarang ni nak ada savings pun dah susah.Semua benda harga naik and mahal.

Kauorang pernah terfikir future plan sendiri tak?Kalau belum ada,aku nasihatkan baik kauorang mula dari sekarang.Sebab kita ni dah remaja,for me,apa yang kita rancang sekarang kesan dia adalah dalam kadar long term.Masa depan kauorang tu dibeli dengan hari ini.Bila kauorang nak grad?Bila nak ssambung degree?Nak mula kerja?Gaji bulanan berapa?Beli kereta?Rumah?Nak kahwin?Simpanan sebulan kauorang berapa?Pernah terfikir semua ni?Bagi aku kita kena mula fikir and plan sebab sampai bila nak hidup bergantung harap dengan parents?Bila nak belajar berdikari?Kesianlah dekat ibu ayah yang dah hampir 20 tahun nak tanggung sara kehidupan kita.Percayalah,bila kita dalam keadaan terdesak and perlukan duit,macam macam kita nak buat.But make sure guys jangan buat benda yang salah.Ingat,matlamat tak halalkan cara.Redha Allah itu penting.Ingat tu ingat tu.

Starting from this case lah aku banyak sangat buat research tentang macam mana kita nak ada financial plan yang kukuh, future life yang mantap and semua benda yang berkaitan dan sangat penting untuk pastikan masa depan aku cerah.Aku nak kongsikan tapi masih banyak yang aku kaji and cari.InsyaAllah dalam masa terdekat ni aku akan cuba untuk share dengan kauorang.Benda baik tak salah kan untuk disebarkan?In advance, congratulation JDT atas kemenangan AFC CUP 2015.Aku tengok live malam tu kat tv9 je!Tapi serious terbaik match malam tu!Malam ni meriah gila sambut kepulangan player JDT ke tanah air.Ok guys till see later.Sebelum tu,nah aku belanja gambar kelas aku sekarang ni.

I got new friends! Ada yang dari Ampang,ada yang dari Sungai Buloh,ada yang dari Subang dan ada yang dari Sabah!
*terpesona kejap tengok cara possing aku* HAHAHA

Saturday, May 9

Taktahu.Baca jelah

Hai.Assalammualaikum semua,

Lama beno tak bersua muka.Mana taknya sejak tidak lagi menjadi pelajar sekolah ni,banyakk je perkara yang aku nak buat dan makin tak boleh duduk diam.Maklumlah darah muda lah katakan.
Eceh!
Okay.Kauorang semua apa khabar?Harap semuanya sihat sihat belaka jelah hendaknya.Aku pun alhamdulillah sihat je ni.Dan syukur makin banyak perkara baru yang aku buat dan ceburi.Kalau nak cerita semuanya memang takkan habislah sampai bila bila.Hahaha.So,berkenaan entry yang aku nak share harini sebenarnya ....erm aku pun taktahu nak cerita apa.Pasai tiba tiba blank.Ok!Baru aku teringat aku pun terfikir ada lagi ke orang yang buka and baca post kat blog aku ni?Kalau ada alhamdulillah lahkan.Kalau takde nampaknya merepek seorang diri lah alamatnya.Sobs sobs.

Ok straight to the point!Harini aku agak free.Boleh dikatakan free jugaklah . Ini pun cari masa jugak untuk share something pada kauorang selain dari aku memang nak up to date blog ni sebab dah lama gila tak menaip kan.Hahahah.Jadi,dalam masa yang ada ni aku nak share sikit story pasal apa yang aku buat sepanjang menjadi remaja selepas tamat persekolahan ni.Mungkin ada yang dah tahu ada yang taktahu tapi aku kena bagitau jugak.Basically sekarang ni aku sedang giat menggerakkan sebuah badan anak belia yang bakal menerajui kepimpinan negara sekaligus menggerak sedar masyarakat Malaysia terutamanya.Haaa gituu kau!.Nama persatuan yang aku tubuhkan ni FTNS.Pada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut apa sejarah penubuhan and matlamat persatuan ni kauorang klik je link ini
So setakat ni alhamdulillah dari hanya beberapa ahli sahaja yang follow aku sejak tahun 2012,and now setakat Mei 2015 dah jadi 31 ahli.Semuanya anak2 muda yang terdiri dari orang orang yang punyai semangat hebat luar biasa!Tahniah anak2ku.Cewah bangga gitu.
Dalam persatuan ni macam2 perkara dah kitaorang cuba and jalankan.Jom aku kongsi satu persatu apa aktiviti kami


1) Program Qiamullail

Agak beria sikit muka aku kat situ dok menerangkan kat depa ni semua --'


Time pagi ni agak seronok pasai depa perlu buat breakfast sendiri

Anak2 muda fasilitator


2)Kursus Smart Leader

Tudiaaa khusyuk naa..

Pasaiii depa dapat netbook seorang satu,jadi mereka pun dipaksa surf laman FTNS


3)Projek Memanah Mega 2015

Hat ni aku marah pasai takdak gambaq aku

Crew2 FTNSVengers yang menjayakan Projek Memanah Mega 2015!


4)Program Jelajah Pendidikan Siri 2

Taklimat from My Naib Presiden 1

Program hat ni kira grand jugak.Pasai 150 peserta yang hadir

Big family of JP Siri 2


So itulah antara review yang aku boleh share.Yang lain tu kauorang bolehlah check di facebook kami.Sebab sebenarnya banyak lagi program yang kitaorang buat.Macam aku cakap awal2 tadi,takut sampai bila bila kang tak habis aku cerita.Hahahah .
Daripada keseluruhan program2 yang aku jalankan hampir 5 bulan ni,banyak perkara baru sebenarnya yang aku belajar dan perolehi.Kadang aku terfikir nak jadi hebat bukannya senang.Nak bantu orang bukannya senang.Inilah cabaran yang mesti dihadapi.Dan hati kecilku berkata,banyak lagi cabaran yang lebih hebat aku akan tempuh diluar sana nanti.Percayalah!Woaaaaa . Kadang aku rasa macam tak sangkalah dah besar dah aku ni.Kejap je masa berlalu.Rasa macam baru tahu lepas aku tamat form3.Rasa macam sebulan lalu aku tamat SPM.Huhuhu semoga aku dapat buat sesuatu yang terindah sepanjang usia remajaku ini.Aamiin.

Jadi kauorang punya cerita macam mana?Mesti ada yang kerja lah.Ada yang jadi baby seater.Ada yang jadi boss besar mungkin.Hahahah.
Aku rasa ni je kot yang aku nak share pasal aku takde benda lain nak kongsi setakat ni.Oh ye!kalau kauorang berminat nak buat collaboration atau panggil kami berprogram,kauorang boleh email direct terus pada aku ye!
Semoga ketemu lagi pada post yang akan datang! (Entah bila tah aku akan update lagi :P)

Bye!Assalammualaikum.




Thursday, January 15

Seloka 5KAA 2014 SMKPG (We're Mujahideneers!)





Assalammualaikum pembuka seloka ,
Harap pembaca sihat hendaknya ,
Ada kisah nak aku cerita ,
Maaf dipinta sebelum apa apa --


Ini seloka bukan cereka ,

5KAA empunya cerita ,
Sebulan nak siap punyalah lama ,
Semata nak kongsi ini seloka

Wakil pun dia juara pun dia ,

Jawatan sekolah habis disapunya ,
Pendek cerita semua perkara dia yang punya ,
5KAA semua anak emas bonda

Teacher form kami comel orangnya ,

Al Quran As Sunnah itu opsyennya ,
Cakak Terengganu itulah loghatnya ,
Haslina Muhammad itulah namanya 

Giginya bau dahlah tak rata ,

Tapi dihati penyayangnya dia
Sangat pengotor na'uzubillah sifatnya ,
Itulah Naguib monitor kita

Azinurhamizahtulaini Ya Allah panjangnya nama ,

Assistant monitor yang over dari ketua ,
Addmath & Math memang ruji hariannya ,
Suara 'childish' itulah 'punchline'nya

Badannya kurus berkaca mata ,

Lawak yang hambar eh mestilah dia ,
Orangnya cemas dek nama hormonnya ,
Adlina Syazana itulah orangnya

Aisyah Rahim empunya nama ,

Padanlah cemas jirannya pun dua kali lima ,
Si Puteri Ceti di kelas kami ,
duit tak cukup membebel lagi

Dari Seri Alam pindah ke mari ,

Mukanya manis cantikya gigi ,
Iman Najihah pengawas yang baik hati ,
Sekali ketawa tak ingat diri

Mukanya comel ketot orangnya ,

Sherry Nedzy nama gediknya ,
Tengok kasut sumpah aku tak percaya ,
Kuaja ! Kuaja ! Itulah 'tagline'nya

Punyalah gedik ganda duatiga ,

Tapi 'pityful' sifatnya dia ,
Berbaju ungu berkaca mata ,
Saadah Sairan PRS kita

Tak adanya dia aman sehari ,
Cakapnya lepas tak boleh control diri ,
Biskut Jacobs setia peneman diri ,
Dialah Aisyah Fauzi si Ratu Typi 

Dari Tenggara hijrah ke PG ,
Jadi pemalu depan saudari ,
Punya gelaran yang gedik sekali ,
Nazhan dak com madam wiwi yang kasi

Sungguh terkenal si jejaka ini ,
Sebut namanya fuuh bertubi-tubi dipuji ,
Head Prefect kami di SMKPG ,
Wan Shaker yang humble empunya personaliti

Adik bongsu dalam kelas kami ,
Kadang 'hot temper' menguasai diri ,
Si Afif Danial pandai mengaji ,
Sekali bertarannum menusuk ke hati 

Si hitam manis berkulit gelap ,
Even gelap but badannya tegap ,
Rutinnya ke gym musclenya digilap ,
Mirza Irfan Pengerusi Surau yang bertanggungjawab

Belakangnnya ni pula lain cerita ,
Hasut si Monitor itulah kerjanya ,
Kadang membahan tak ingat dunia ,
Raaif lah bestfriend monitor sepanjang masa 

Semejanya ni lagi menganjing tak tentu hala ,
Tunjang & keding itulah cirinya ,
Membebel tak henti sepanjang masa ,
Daniel Qayyum si debator dan YDP kita

Anggunnya rupa sayangnya dah berpunya ,
Suka bercerita but hambar gila endingnya ,
Kelas yang cantik hasil ideanya ,
Munirah Mujahid Pengarah Projek kita 

Persis Minah Arab itulah rupanya ,
Assistant setia bila Shaker tiada ,
Crush kat Zaki jejaka idamannya ,
Amirah Jamaluddin empunya nama 

Yang seorang ni lagi tak tahu nak cakap apa ,
Dari form 4 sakit entahlah apanya ,
Sakit perut selalu itulah orangnya ,
Farhana Hidayat itulah namanya

Aisyah Asmaulkhair cantik namanya ,
Sekarang di PLKN 3 bulan seronoknya ,
Memang pendiam kalau tak diajak berbicara ,
But chatting di whatsapp boleh tahan juga

Badannya besar kuss semangatnya ,
Sekali dipandang macam cikgu rupanya ,
Menganjing si Qayyum itulah habitnya ,
Dialah Syafiqah tak jual belacan orangnya 

Hadaina Zuhaily nama diberi ,
S/u 5KAA awal tahun lagi ,
Berbaju hijau pengawas koperasi ,
itu saja orangnya tak tahu nak cerita apa lagi 

Merahnya pipi tersipu malu ,
Akrabnya dengan YDP malu nak mengaku ,
Sometimes peramah sometimes pemalu ,
Dialah Nazurah tukang jahit baju

Si Raja Aina itulah orangnya , 
Kiosk bergerak itulah periuk nasinya ,
Kalaulah lah lapar jumpa saja dengannya ,
Maggi gorengnya murah seringgit sahaja 

Enjoy & cool itulah sifatnya ,
Kadang ter'enjoy' tak kena masa ,
Cartoon Pooh itulah favouritenya ,
Farrahin Shahira itulah namanya 

Dialah yang sulong akak kelas kami ,
Affifatul Hanani nama diberi ,
Selalu dibahan si Qayyum ni perli ,
Selalu dikaitkan dengan Naguib si hantu gigi

Yang ni pula pendiam orangnya ,
Suka bersendiri kadangkala menyepi ,
Kak Long disebelah itulah kawannya
Nurul Assila namanya diberi

Tudungnya labuh cantiknya budi ,
Nurul Syazana bak Ustazah dikelas kami ,
Jangan disangka saudari seorang ni tak berisi ,
Segala jenis silat dah dia kuasai

Kecilnya tubuh dialah Syazwani ,
Sahabat Syazana sehidup semati
Artis Korea itulah gemarnya
Segala nama K-Pop khatam dihafalnya 

Sekadar seloka penghibur diri ,
Jari jemari susun tersedia ,
Andai kata terkecilkan hati
Seribu kemaafan saya pinta

Hanya berjenaka melalui kata-kata ,
Tak punya niat nak jatuhkan sesiapa ,
Wahai rakanku ingatlah semua ,
Bahawa satu ketika dulu kita semua ada cerita

Terus jalan dan berlarinya masa ,
Jaunya nak undur Imam yang kata ,
Teruskan langkahmu mencapaikan cita
Demi menjadi Mujahideen penegak agama

Ingatlah juga , kita pernah belajar bersama ,
dibawah satu bumbung dibawah satu nama ,
Harap tak dilupa segala kenangan dan sengketa ,
Pasti kau terhibur diusia mu tua

Ini seloka sekadar jenaka ,
Buat peneman dikala rindu ,
10 tahun mendatang singkaplah ini seloka ,
Pasti bergenang mengalir air matamu



Sekian dari sahabatmu ,
Nukilan Insan Biasa .