Bloglist saya

Tuesday, November 3

Setiap kali post, mesti benda sama

Assalammualaikum!Hai apa khabaq semua?
Tu dia bajet bajet oghang utagha walhal pi blajaq kat selangor ja pun.Hahaha ni semua sebab roomate aku orang penang so berbual pun dah terbiasa.Loghat dia pekat beb.Ok,refer tajuk atas tu apa yang sama?Ni haa,setiap kali post mesti aku akan say sorry sebab lambat postlah,busylah,lepastuh jarang update lah walhal aku sendiri tahu yg blog ni memang dah tak ada readers weyh.Hahahaha *perasan blogfamous kejap*.But its okaylah,sebab blog ni kita nak update cerita kan?Of course entry panjang berjeler.Definitely we must took several hours spend time untuk menaip and shares something kat kauorang.
Alhamdulillah,its already semester break!After berpenat lelah study and hadap final exam semua kan.Huhuhu penat jugaklah.Ni tak lama lagi dah nak naik sem 2.And aku masih lagi mereput dirumah dengan kerja kerja.Actually tak adalah mereput sangat sebab ada jugak dua tiga projek and program yang aku buat.Kadang kadang kalau bosan aku blogwalking ke or i will do some research about future life. Oh ya! Ada topik.Ok let's we start.

Macam ni,sejak sebulan yang lalu,aku banyak termenung and berfikir tentang masa depan.Serious i feel like macam sejak dah jadi remaja ni semua benda kita kena fikir and renungkan.Setiap pilihan yang kita buat tu kena amati and perhatikan betul betul sebab takut takutlah kan kita buat pilihan yang salah dan akhirnya benda tu menjejaskan masa depan kita atau takpun sekurang kurangnya mengganggu plan perjalanan hidup kita (future plan) lah senang kata.Kauorang yang sebaya atau tua setahun dua dengan aku pernah fikir tak benda ni?I don't know how you guys feel but seriously aku sangat risau!Oh ye,aku dah ingat,semua ni terjadi bermula dari permohonan aku untuk loan pendidikan ptptn.That time when i feel that "Ya Allah,susahnya nak mohon!Fyi,ptptn tak cover penuh untuk kos aku.The reason is those family yang tak terima BRIM memang tak dapat bayaran penuh.Fyi lagi,kos diploma syariah undang undang aku berharga RM14,725.00.Cik PT cuma cover RM11,150.00 je.Woww and aku macam mana nak cari RM3575 lagi sobs sobs.Tolak tambah upah pengurusan semua,after my diploma graduation nanti,aku berhutang RM12K dengan ptptn.Hahahah serious aku nak gelak doh keluar keluar graduate je dah berhutang.Itu belum lagi kalau aku sambung degree on the next stage.

Bukan apa,aku kesian tengok both of my parents berhempas pulas berkerah tenaga nak cari duit semata mata nak tengok aku berjaya.Aku takut dan sedih kalau kalau aku menghampakan diaorang huhu.Itu belum cerita lagi monthly expense yang diaorang beri kat aku.Ya Allah,aku rasa bila dah melangkah masuk ipt ni baru nampak perjalanan aliran keluar masuk wang dengan laju!Seriously,on the 1st month on my first semester ni aku terkejut sebab terlalu banyak nak guna duit.And now i feel what my parents feel.Susahnya nak cari sesuap nasi.Tambahan lagi ni dengan harga minyak naik,tol naik,GST lagi yaAllah ...... Kalau dulu ok lagi,tapi sekarang ni nak ada savings pun dah susah.Semua benda harga naik and mahal.

Kauorang pernah terfikir future plan sendiri tak?Kalau belum ada,aku nasihatkan baik kauorang mula dari sekarang.Sebab kita ni dah remaja,for me,apa yang kita rancang sekarang kesan dia adalah dalam kadar long term.Masa depan kauorang tu dibeli dengan hari ini.Bila kauorang nak grad?Bila nak ssambung degree?Nak mula kerja?Gaji bulanan berapa?Beli kereta?Rumah?Nak kahwin?Simpanan sebulan kauorang berapa?Pernah terfikir semua ni?Bagi aku kita kena mula fikir and plan sebab sampai bila nak hidup bergantung harap dengan parents?Bila nak belajar berdikari?Kesianlah dekat ibu ayah yang dah hampir 20 tahun nak tanggung sara kehidupan kita.Percayalah,bila kita dalam keadaan terdesak and perlukan duit,macam macam kita nak buat.But make sure guys jangan buat benda yang salah.Ingat,matlamat tak halalkan cara.Redha Allah itu penting.Ingat tu ingat tu.

Starting from this case lah aku banyak sangat buat research tentang macam mana kita nak ada financial plan yang kukuh, future life yang mantap and semua benda yang berkaitan dan sangat penting untuk pastikan masa depan aku cerah.Aku nak kongsikan tapi masih banyak yang aku kaji and cari.InsyaAllah dalam masa terdekat ni aku akan cuba untuk share dengan kauorang.Benda baik tak salah kan untuk disebarkan?In advance, congratulation JDT atas kemenangan AFC CUP 2015.Aku tengok live malam tu kat tv9 je!Tapi serious terbaik match malam tu!Malam ni meriah gila sambut kepulangan player JDT ke tanah air.Ok guys till see later.Sebelum tu,nah aku belanja gambar kelas aku sekarang ni.

I got new friends! Ada yang dari Ampang,ada yang dari Sungai Buloh,ada yang dari Subang dan ada yang dari Sabah!
*terpesona kejap tengok cara possing aku* HAHAHA

1 comment:

Ziaf Fiqah said...

Wow tak sangkaa. Srslah yuran pengajian abg banyak mcm tu? Baru tahu bukan senang perjalanan bila dah lepas dari alam persekolahan. Emmm.Takut pulakk rasanya. Emm maybe next entry abg boleh share sikit tips mcm mana nak face life after school?