The awesomers

Bloglist saya

#ShortTrip at Sunwayyy Lagoooon

Assalammualaikum and hai!

Alhamdulillah,finally its semester break guys!Tapi tak lama pun sebenarnya cuti semester kali ni seems aku kena naik awal sebab terlibat dalam minggu taaruf atau lebih popular dengan nama TAWE (Student UIA je kot guna istilah ni) Okay,so malas nak bebel panjang panjang, aku nak share satu cerita pasal short trip aku dengan kengkawan kelas di Sunway Lagoon tempoh hari. Kitaorang pergi sana adalah dalam seminggu lagi nak final exam masa tuh. Hahahha, who cares? nak release tension punya pasal.Kauorang dengar short trip ni mesti macam "eh mahal lah tiket!" "banyaknya duit gi sana" "member belanja bolehlah" hahahah takdelah!.Ni semua sebab Sunway buat promotion yg every selected tuesday on each month tu.Kira sekali je dalam sebulan pada hari hari yang terpilih.Dependslah pada pihak sunway ni nak open bila.RM 50.00 je weyhh!!!!Konsepnya?Siapa cepat dia dapat.Sebab 5000 tickets je yang dia offer.Dengan syarat! Beli secara online.
Yang walk in, memang jangan haraplah nak dapat harga ni sebab kalau buyers yang walk in, kau memang terpaksa beli dengan harga RM120.00 (Normal price)

So our journey starts not so early on that morning
Disebabkan aku bersiap lambat. (kata mereka) hahaha tapi kitaorang gerak dari kampus naik motor je sekejaplah sampai kan.Kalau naik kereta alamatnya pukul sebelas lah kau baru sampai.Masa perjalanan dari Bangi tu lebih kurang satu jam jugaklah nak ke sana. Hadap traffic jammed lagi,pam minyak lagi.So around 10:15 tu pun dah sampailah jugak.Masa ni Azim my singaporean friend dah tunggu kami disana.Dia seorang je yg dari rumah (ngade-ngade sangat time study week nak balik rumah hahah) Luckily,Azim comes early then us and he redeem our wristband at the main entrance first dan tak perlulah kami nak beratur tunggu punya lama.So macam kebiasaannya, mana mana waterpark pun akan buat procudere yang sama.Before masuk, they will checking our bag and will take away our foods including jajan jajan semua hahahah. But kitaorang memang tak bawak pun.
So bila semua dah complete kitaorang pun menujulah ke waterparknya tu.
Before that,kitaorang survey for locker to kept our belongings safely.Boleh tahan mahal jugaklah locker dia nak sewa.Kami amik locker yang saiz kecil.Locker saiz kecil ni memang betul betul kecil umpama boleh masuk lebih kurang 5 buah buku kamus je.Itu kecil macam tu pun harga dah RM22.So kami berenam decided to rent 3 lockers.Bolehlah muat muat je barang barang mcm tuala,baju and kasut. Itupun dah mcm belacan dah (memang terok benor kalau kauorang tengok hahaha)

Ini antara sedikit previu dan tips yang boleh aku kongsikan untuk semua :
  • Better keluar awal dari rumah pada sesiapa yang duduk jauh dari area Sunway ni.Sebab kauorang akan hadap trafik yang sangat sesak nanti atas jalan.Maklumlah,hari selasa kan hari bekerja.
  • So far,bila datang awal ni kau takdelah kelam kabut sangat nak tukar voucher ticket tu kat kaunter dan lagi satu,puas sikit kau nak main semua benda dalam tu.Actually kitaorang tak sempat rasa semua park kat situ sebab memang besar gila weyh tempat ni.
  • Sediakanlah duit banyak sikit untuk hampa sewa locker dia yang mahal nak mampuihh tuu.
  • Sebelum pergi tempat lain2,better masuk kolam dulu bagi basah sikit badan.
  • Sini ada wildlife park which is have some kinds of exotic animal (if im not wrong).Agak bosan,tapi sebab first time masuk,redah jelah semua benda yang ada kat situ
  • Extreme park dia pula ada macam macam.Roller coaster,pastu yg kapal besaq yang hayun sampai 360 darjah tu. Perghhh ni aku nak nasihatkan lah kot sapa sapa yang jenis gayat atau lemah semangat,better hampa jangan naik naa?Aku dok menjerit bagai nak gila ataiihh tu.Seram kot.Abg yang dok jaga mesin putaq tu boleh pi tibai stay kan 5 saat kapal tu macam nak terbalik dah aku ghasaaa.......haishhh tak boleh lupa betullah mas Hariz gelakkan aku gila gila :D
  • Amusement Park yg ada permainan nama dia Tomahawk tu pun sama boleh tahan jugak.Tapi laa ni,Azim pulak yang dok gelakkan aku hahaha.
  • Tapi walaupun aku rasa seram,at least puas jugaklah dapat merasa naik benda tu.Even sampai muntah muntah plus demam balik tuhhh semua risau gila kat aku masa tu hahaha
  • Kalau bab makan,better jangan beli set makan yang pelik2.Sebab memang mahal dan tak berbaloi.Kalau nak lunch kat dalam ni, better kauorang cari meals yang pricing dia sama macam kat luaq.Contohnya,burger king,marrybrown and apa lagi pun tah aku tak ingat.So worth buying jugaklah.Plus kenyang(bolehlah,takdelah kenyang sangat)
  • Then, bugee jumping dia kena bayar.Sekali terjun RM80.Bugee jumping ni tak include taw tiket yang kita beli RM50 tu..dia lain2..Go cart RM35  untuk 20 minit.Hrmmm better tak payah kot.Sebab dalam tu banyak lagi park yag kau tak habis pusing.
  • Rumah hantu dia bagi aku boleh tahan jugaklah.Boleh jadi seram sebab banyak kali terkejut.Hantu dia suka terkejut kejutkan.Boleh jadi tak seram sebab tak gelap sangat scene dalam tu.So far okay je.
  • Tempat solat disediakan,so far okay je and selesa.Jangan risau,ada disediakan kain pelikat.
  • Last,kitaorang mandi kat beach made (pantai buatan) hahaha betul ke aku eja ni main tiba je.
  • tempatnya okay,luas,selesa
  • So,untuk shorttrip di Sunway Lagoon ni aku bagi 5 bintang! Rasanya dah tak ada benda yg berat sanagt yg perlu diimprove.Semuanya okay je! (Yelah,sebab bayar harga tiket pun RM50 je kan?hahahah)
Orait,now? Enjoiceeeee da pitcha!

Scene dari bawah jambatan tu
Nice view
Hariz with duckface


Smileeeeeeee





  

   


  

 




 





 

          




 


Credits
Source : ZIMSAMA
Snap using : GoPro 3 (Action Camera)