The awesomers

Bloglist saya

5 Tips Tangani Stress (dedicate to SPM 2016 candidates)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum.
Thank you for you kindness to spend some time here :)

Firstly,secara jujurnya kauorang yang baca ni mesti tengah stress kan sekarang? Hahah kalau tak macam mana boleh sampai kesini ye dok?Ngaku jelah nok dahi tu tak usah ler nak kerut kerut sangat haa meh baca ni.So harini saya share sedikit tips bagaimana untuk tangani stress dengan cara yang baik.Perkongsian ini mungkin lebih kepada 'style' saya sendiri untuk tangani stress dan saya percaya anda sendiri ada cara untuk tangani ketika stress.Mana mana yang baik tu kita kongsi lah ye?

Apa apa pun,mukaddimmahnya terlebih dahulu kena tahu jugak apa punca stress ni sebenarnya?
Stress ni boleh datang sebab pertamanya,kita terlalu tertekan dengan satu kerja yang terlalu banyak/memeningkan.Sebagai contoh orang yang kerja gomen duduk kat opis buat kerja kerja belambak kan kadang sampai tak menang tangan (katanya!) hahahah.Dalam situasi ni boleh jadi juga tertekan.Atau keduanya sebab gangguan situasi atau perubahan 'mood' secara tiba tiba.Contohnya kau tengah syok syok buat assignment atau tengah study kat bilik,member ajak keluar lepak atau main futsal hahahah.Kadang aku pun boleh frust jugak walaupun kadang kadang layan perangai member tu.Tapi being end up with frustrating sebab hajat nak study atau siapkan taskwork tu tak tersampai.Dan akhirnya submission assignment/projek pun last minute.Semua benda last minute plus banyak benda nak kena settlekan dalam waktu yang singkat.So apa yang kita boleh buat adalah cuma berhuhuhuhu.

Cara tangani stress ni ada banyak,terserah pada kauorang mana mana yang selesa/rasa berkesan lah ye?



1.Alihkan tumpuan seketika dari kerja yang sedang dilakukan
Untuk yang sedang buat kerja/assignment/kerja/soalan/latihan atau yang seangkatan dengannya,cuba untuk alihkan tumpuan seketika ke tempat lain dari kerja yang sedang dilakukan tersebut.Sebagai contoh,kau tengah cuba sedaya upaya selesaikan soalan equation subjek addmath yang tak sudah sudah tu,alihkan sekejap pandangan/tumpuan ke tempat lain.Macam contoh meja belajar kau betul betul hadap tingkap ke,alihkan pandangkan sekejap ke luar tingkap.Kira macam take 5 lah! Kadang kadang otak ni nak kena rehat juga tak boleh terus menerus je berkerja.Atau cubalah main phone sekejap je dalam 5/6 minit pun jadilah.Jangan sampai leka sudahlah.Tapi better buat benda selain dari buka phone.Takut kau lupa pulak nanti ada kerja yang lebih penting nak diselesaikan.


2.Mandi jika badan rasa terlalu penat 
Yang ni aku paling syorkan.Kadang kita ni stress bukan apa sangat pun.Badan sakit,kepala pening lah itulah inilah.Tu mmg side effect yang biasa bila kita berterusan buat kerja.Kalau anda berada dirumah,lebih senang untuk praktikkan.Kalau rasa rasa penat/stress sangat terus mandi.Aku syorkan kauorang mandi air panas.Siapa yang ada shower heater lagi senang.Tinggal on je then mandi.Faktanya,mandi menggunakan air panas membantu anda untuk mengurangkan rasa sakit kepala,meregangkan otot otot yang bisa dan menyeimbangkan kembali peredaran darah dalam badan (berdasarkan apa yang aku baca melalui bahan dalam laman web pakar)So siapa siapa yang banyak buat kerja kerja dirumah,tetiba rasa stress,bolehlah terus masuk bilik ayaq teghoih mandi.Dulu masa kecik kecik aku pernah stress masa nak PMR masa tu,aku dok mandi berejam jam dalam bilik ayaq pastuh pi tibai karok dalam tuh.HAHAHAHAH tapi itu cerita dululah kan.


3.Ambil masa untuk keluar/ambil angin
Ini cara yang agak berat sikitlah  berbanding nombor 1 tadi,kalau dalam keadaan kita memang tengah banyak kerja/latihan yang nak disiapkan.Sebab apa?Nak keluar pergi ambil angin ni pun boleh kira satu aktiviti yang take time jugak sebenarnya.Kena pulak kau kalau jenis yang bersiap agak lambat,lepastuh nak pakai itulah pakai inilah lepastu memilih pulak nak keluar atau ambil angin/bersiar siar kat mana.At the end,makin tambah masalah sebab masa banyak terbuang macam tu ja! So,cara ini lebih efektif kepada mereka yang tertekan tapi dalam keadaan tidak terlalu banyak kerja nak disiapkan/masih banyak ruang dan masa.So,waktu petang tu ambillah masa sekejap untuk pergi ambil angin di taman.Ingat,ambil angin je taw,jangan kau dok tibai pulak pergi jogging ke atau main bar ke atau buat push-up ke.Kang tak pasal pasal balik tu terus letih dan tertidur.Sudahnya sama jugak kerja tak dapat diselesaikan.So perancangan tu biar smart sikit :)


4.Makan manis-manisan/chocolate
Ini normal lah kan.Kebanyakkan orang akan buat benda yang sama jugak especially perempuan.Bila stress,suka makan chocolate.Kalau ikut fakta sainsya,dia membantu memberi kita tenaga semula je.Yelah sebab coklat kan ada kandungan glukosa.Glukosa kan beri tenaga pada badan kan?Gitewww masih ingat subjek Biologi form5.Kalau Cikgu Salmiah baca ni,mesti terharu dia ada anak didik macam aku.Ngehngehngeh.Yang lain pasal ambil chocolate ni ni pun sebab dah sinonim kot sebab nampak ala ala cute gitu bila stress je ambil chcocolate.Aku pun kadang kadang buat macam ni selalu kat rumah jelah tapinya.Kadang kadang siapkan kerja menaip sampai pukul 2/3 pagi.Rasa stress sekejap,start motor pergi 7E.Belilah snickers ke atau cadburry ke.Hahahah tapi terpulanglah kepada kauorang.Well said,lain orang lain cara kan?


5.Mengadu pada Allah
Haaaaaa kan dah tersentak sekejap!Ecececeh hahaha takdelah sebenarnya inilah tips paling berkesan untuk kita umat islam yang sebenar-benarnya.Kadang kadang kita kena beringat juga,sangka baiklah yang bahawa stress datang ni adalah petanda Allah itu nak kita berikan perhatian seketika pada DIA setelah kau berterusan hadap kerja duniawi ni.Ambillah masa dalam sejam dua untuk duduk atas tikar sejadah tu.Bermunajat padaNYA,minta dengan sesungguh-sungguhnya,mengadu pada dia betul betul.Hanya dia saja yang mampu hilangkan rasa penat dan kesusahan itu sebab dia pemegang/pemilik hati hati di dunia ini.Pernah aku dengar satu kuliah maghrib,antara amalan kita paling ikhlas yang kita buat adalah berzikir dalam hati pada Allah.Sebab itu antara kita dengan DIA je.Manusia tiada siapa yang tahu.Saat dan ketika itulah hati kita benar benar ikhlas.Kauorang kalau tengah tengah buat latihan/study ke tiba tiba rasa stress bolehlah pergi berwudhu',lepastu tunaikan solat sunat dua rakaat.Niat saja macam biasa "Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Ta'ala".Lepas habis solat tu zikir sungguh sungguh,dan doa instead of kau mengadu padaNYA.Kau mengadu tu biar betul betul macam mana kau mengadu domba pada manusia.(DEEP)
Kalau aku?apa aku akan buat adalah aku akan mengaji,Aku akan mengaji,sampai aku rasa dalam hati ni tak ada sekelumat pun rasa gelisah/resah.Atau sampai kau rasa betul betul rasa tenang setenang tenangnya.Selagi tak rasa,aku tak akan berhenti.TAK AKAN.


I'm believe that all of you have your own style to handle/manage your stress.
Aku kongsi apa yang terbaik untuk semua.Oh ya sebelum aku terlupa nak dedikasikan sebenarnya post ini untuk pelajar pelajar CALON SPM 2017! woot woot *bunga api*
Bersempena dengan SPM yang bakal menjelang tak lama lagi,
habang belanjalah satu gambar acah acah grad sangatlah masa form5
Tinggal berapa hari saja lagi kan?Aku pun boleh rasa debarannya jugak ni.Even dah lama tinggal pun tapi still rasa debaran tu sebab ramai junior aku yang ambil SPM tahun ni.Weyhhh aku tahu apa yang hampa semua rasa.Aku pun pernah rasa gak.Kira macam final destination pun ada gak weyh * k ini tipu hahaha* Tapi aku nak ucap tahniah lah pada hampa pasai hampa semua dah bertungkus lumus dari akhir tahun form 4 sampai laaa ni hampa still hadap blog aku kan?hahahah takpe release stress sekejap.Kira oklah tu.Ni aku nak pesan dah nak akhir akhir ni jangan dok buat pe'el na?Jaga kesihatan jaga makan minum.Jangan makan McD banyak sangat *pesanan penaja untuk junior aku kat PG1 tuh*Do the best adik,adik.Kerapkan amalan bersedekah,hormat mak ayah terutamanya tu paling penting.Dahtu,solat solat sunat macam dhuha dan hajat jangan tinggal.Lagi baguihhh kalau hampa tahajud selalu.Tu kira mantap dah.Apa apa pun,hampa kena percaya walau apapun yang berlaku nanti,hampa semua dah buat yang terbaik.Ingat yang perjuangan hampa tu bukan takat ni jaa.Kat luaq tu jauhh laiiii dan macam macam benda yang hampa kena tempuh.Jadi,percaya dan yakin pada diri sendiri okay?Selamat maju jaya untuk hampa semua.Habihh ja paper SPM tu nanti,hampa contact aku naa?Ada hadiah istimewa aku nak bagi kat hampa semua!Good luck! Bittaufiq ma'anajah :)

No comments: